1 Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik, kasih-Nya kekal selama-lamanya.
                                                                                                                            2 Bersyukurlah kepada Allah segala allah, kasih-Nya kekal selama-lamanya.
                                                                                                                            3 Bersyukurlah kepada Tuhan segala tuhan, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
                                                                                                                            4 kepada Dia yang satu-satunya melakukan keajaiban besar, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
                                                                                                                            5 kepada Dia yang dengan kebijaksanaan menjadikan langit, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
                                                                                                                            6 kepada Dia yang membentangkan bumi di atas perairan, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
                                                                                                                            7 kepada Dia yang menjadikan cahaya-cahaya besar, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
                                                                                                                            8 matahari untuk memerintah sewaktu siang, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
                                                                                                                            9 bulan dan bintang untuk memerintah sewaktu malam, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
                                                                                                                            10 kepada Dia yang memusnahkan anak sulung Mesir, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
                                                                                                                            11 dan mengeluarkan kaum Israel daripada kalangan mereka, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
                                                                                                                            12 dengan tangan yang perkasa, dan lengan yang terhulur; kasih-Nya kekal selama-lamanya;
                                                                                                                            13 kepada Dia yang membelah Laut Merah, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
                                                                                                                            14 dan membolehkan kaum Israel berjalan melaluinya, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
                                                                                                                            15 tetapi menewaskan Firaun dan tenteranya di Laut Merah, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
                                                                                                                            16 kepada Dia yang memandu umat-Nya merentas gurun, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
                                                                                                                            17 kepada Dia yang menggulingkan raja-raja besar, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
                                                                                                                            18 dan membunuh raja-raja yang masyhur, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
                                                                                                                            19 Sihon raja orang Amori, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
                                                                                                                            20 dan Og raja Basan, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
                                                                                                                            21 dan memberikan tanah mereka sebagai warisan, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
                                                                                                                            22 warisan kepada hamba-Nya Israel, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
                                                                                                                            23 kepada Dia yang ingat kepada kita sewaktu kita tertindas, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
                                                                                                                            24 dan menyelamatkan kita daripada musuh kita, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
                                                                                                                            25 Dia memberikan makanan kepada semua makhluk, kasih-Nya kekal selama-lamanya.
                                                                                                                            26 Bersyukurlah kepada Allah di syurga, kasih-Nya kekal selama-lamanya.