1 Mazmur Daud. Ketika dia berpura-pura gila di hadapan Abimelekh, yang mengusirnya, lalu dia pergi. Aku akan memuji TUHAN setiap waktu; puji-pujian untuk-Nya akan sentiasa di bibirku.
2 Jiwaku akan mengisytiharkan kebesaran TUHAN; rakyat yang menderita akan mendengar dan bersukacita.
3 Pujilah kebesaran TUHAN bersamaku; marilah kita memuliakan nama-Nya bersama-sama.
4 Aku telah berseru kepada TUHAN, dan Dia mendengar seruanku; lalu Dia menyelamatkanku daripada semua yang kutakuti.
5 Orang yang dalam kesusahan bermohon kepada-Nya; maka wajah mereka berseri-seri dan tidak menanggung malu.
6 Orang malang berseru merayu, dan TUHAN mendengar rayuannya; lalu menyelamatkannya daripada segala kesusahannya.
7 Para malaikat TUHAN berjaga sekeliling orang yang takut kepada-Nya, dan menyelamatkan mereka.
8 Rasakan dan lihatlah kebaikan TUHAN; diberkatilah orang yang berlindung kepada-Nya.
9 Takutilah TUHAN, wahai umat-Nya yang salih, mereka yang takut kepada-Nya tidak kekurangan apa-apa.
10 Anak-anak singa menjadi lemah dan lapar, tetapi mereka yang berpaling kepada TUHAN tidak akan kekurangan sesuatu yang baik.
11 Marilah anak-anak, dengar kata-kataku; aku akan mengajarmu takut akan TUHAN.
12 Siapa yang sayangkan hidup dan inginkan panjang umur,
13 jagalah lidahmu daripada kejahatan dan bibirmu daripada kata-kata palsu.
14 Tinggalkan kejahatan dan lakukan kebaikan; cari dan burulah kedamaian.
15 Kerana mata TUHAN tertuju kepada orang yang benar dan telinga-Nya mendengar rayuan mereka;
16 Tetapi wajah TUHAN menentang mereka yang berbuat jahat, sehingga ingatan tentang mereka luput dari bumi.
17 Orang yang benar berseru merayu, dan TUHAN mendengar; lalu menyelamatkan mereka daripada segala kesusahan mereka.
18 TUHAN merapati orang yang patah hati dan menyelamatkan orang yang menyesal.
19 Orang yang benar banyak ditimpa penderitaan, tetapi TUHAN menyelamatkannya daripada segala-galanya;
20 TUHAN menjaga setiap tulangnya, satu pun tidak patah.
21 Orang zalim akan dibunuh oleh kejahatan; dan mereka yang membenci orang benar akan dihukum.
22 TUHAN menebus roh hamba-Nya; tiada seorang pun yang berlindung kepada-Nya akan dihukum.

Studi Alkitab lengkap, silahkan lihat Alkitab SABDA :: Mazmur 34
Studi Alkitab mobile, silahkan lihat Alkitab Mobi :: Mazmur 34

Download Aplikasi Alkitab Karaoke (BETA) Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.sabda.alkitabkaraoke
Kunjungi Alkitab Audio Diglot:
AYT - KJV