1
Setelah
itu,
Agripa
berkata
kepada
Paulus,
“Sekarang
kamu
diberi
izin
untuk
membela
dirimu.”
Paulus
pun
memberikan
isyarat
dengan
tangannya
lalu
membela
dirinya
demikian,
2
“Tuanku
Raja
Agripa,
aku
berasa
bahagia
kerana
dapat
menjawab
tuduhan
orang
Yahudi
ke
atasku
di
hadapan
kamu
pada
hari
ini;
3
lebih-lebih
lagi
kerana
kamu
memahami
adat
dan
perselisihan
yang
berlaku
dalam
kalangan
orang
Yahudi.
Oleh
itu,
aku
memohon
kamu
mendengarku
dengan
sabar.
4
Semua
orang
Yahudi
telah
maklum
tentang
cara
hidupku
dari
muda
lagi,
ketika
di
negeriku
dan
kemudiannya
di
Yerusalem.
5
Dari
mulanya
mereka
telah
mengenaliku,
kalaulah
mereka
mahu
bersaksi.
Mereka
tahu
bahawa
aku
menurut
ajaran
yang
paling
keras
dalam
agama
kami
kerana
aku
hidup
sebagai
orang
Farisi.
6
Sekarang
pun
aku
berdiri
di
sini
dan
didakwa
kerana
aku
berharap
akan
janji
Allah
kepada
nenek
moyang
kami.
7
Dua
belas
suku
bangsa
kami
tekun
menyembah
Allah
siang
malam
dan
berharap
akan
janji
itu
juga.
Oleh
sebab
harapan
inilah,
aku
dituduh
oleh
orang
Yahudi.
8
Jika
benar
Allah
membangkitkan
orang
daripada
kematian,
mengapakah
pada
hematmu
hal
itu
tidak
dapat
dipercayai
orang?
9
Satu
masa
dahulu,
pada
perasaan
hatiku,
wajar
sekali
aku
mengambil
pelbagai
tindakan
terhadap
nama
Yesus
orang
Nazaret
itu;
10
dan
aku
sudah
pun
berbuat
demikian
di
Yerusalem.
Setelah
mendapatkan
kuasa
daripada
ketua-ketua
imam,
aku
telah
memenjarakan
ramai
orang
yang
salih;
dan
apabila
mereka
dibunuh,
aku
menyetujui
pembunuhan
itu.
11
Kerap
kali
di
saumaah
aku
menyeksa
mereka
dalam
usaha
memaksa
mereka
berpaling
daripada
iman;
dan
oleh
sebab
terlalu
berang
terhadap
mereka,
aku
memburu
mereka
hingga
ke
negeri
asing.”
12
“Pada
suatu
hari
sedang
aku
dalam
perjalanan
ke
Damsyik,
dengan
membawa
surat
kuasa
daripada
ketua-ketua
imam,
13
pada
waktu
tengah
hari,
aku
melihat
di
tengah
jalan
suatu
cahaya
dari
langit,
lebih
terang
daripada
sinar
matahari,
bersinar
mengelilingiku
dan
semua
orang
yang
berjalan
bersamaku.
14
Kami
semua
rebah
ke
bumi,
lalu
aku
mendengar
suatu
suara
berkata
dalam
bahasa
Ibrani
kepadaku,
‘Saul,
Saul,
mengapa
engkau
menganiaya
Aku?
Sukarlah
bagimu,
seperti
menendang
sesuatu
yang
tajam.’
15
Aku
bertanya,
‘Siapakah
Engkau,
Tuan?’
Jawab
Tuhan,
‘Akulah
Yesus
yang
kauaniayakan.
16
Tetapi
bangunlah,
berdirilah.
Aku
menampakkan
diri
kepadamu
untuk
melantikmu
sebagai
hamba-Ku
dan
saksi
terhadap
apa
yang
engkau
lihat
tentang-Ku,
dan
tentang
apa
yang
akan
Kutunjukkan
lagi
kepadamu.
17
Aku
akan
menyelamatkanmu
daripada
orang
Yahudi
dan
bangsa
lain
juga.
Aku
akan
mengutusmu
kepada
mereka,
18
untuk
mencelikkan
mata
mereka
dan
membawa
mereka
daripada
kegelapan
kepada
cahaya,
daripada
kuasa
Iblis
kepada
kuasa
Allah.
Dengan
demikian
mereka
akan
menerima
pengampunan
dosa
dan
tempat
antara
orang
yang
disucikan
oleh
iman
kepada-Ku.’ ”
19
“Oleh
itu,
Tuanku
Raja
Agripa,
aku
dengan
sepenuh
rela
menurut
perintah
dari
penglihatan
yang
datang
dari
syurga
itu.
20
Aku
telah
menyampaikan
kepada
semua
orang
di
Damsyik,
Yerusalem
dan
seluruh
Yudea,
juga
kepada
orang
bangsa
asing,
bahawa
mereka
hendaklah
bertaubat
dan
berpaling
kepada
Allah
serta
berkelakuan
selaras
dengan
pertaubatan
itu.
21
Itulah
sebabnya
orang
Yahudi
menangkapku
di
dalam
Bait
Suci,
serta
mencari
jalan
hendak
membunuhku.
22
Tetapi
hingga
saat
ini
Allah
telah
menolongku
dan
aku
berdiri
di
sini
sambil
bersaksi
kepada
orang
besar
dan
orang
biasa,
dengan
mengatakan
perkara
yang
telah
dinubuatkan
oleh
nabi-nabi
dan
oleh
Musa:
23
iaitu
Kristus
pasti
mengalami
kematian
dan
menjadi
orang
yang
pertama
bangkit
daripada
kematian.
Dengan
demikian
Dia
mengisytiharkan
penyelamatan
kepada
orang
Yahudi
dan
bangsa
lain,
penyelamatan
yang
seperti
cahaya
bagi
semua.”
24
Sedang
Paulus
menegakkan
pembelaannya
demikian,
Festus
berkata
dengan
suara
nyaring,
“Kamu
gila,
Paulus;
ilmu
yang
terlalu
banyak
menjadikan
kamu
gila.”
25
Paulus
menjawab,
“Aku
bukannya
gila,
Festus
yang
mulia.
Aku
mengatakan
perkara
yang
benar
dan
bijaksana.
26
Tuanku
Raja
Agripa,
aku
berani
berkata-kata
di
hadapanmu
dengan
bebas
kerana
aku
tahu
dalam
hati
bahawa
kamu
faham
akan
perkara-perkara
ini,
memandangkan
segalanya
tidaklah
berlaku
di
tempat
yang
tersembunyi.
27
Tuanku
Raja
Agripa,
percayakah
kamu
akan
kata
nabi-nabi
itu?
Aku
tahu
bahawa
kamu
percaya.”
28
Agripa
berkata
kepada
Paulus,
“Dengan
sepatah
dua
katamu,
kausangka
dapat
menjadikanku
orang
Kristian?”
29
Paulus
menjawab,
“Sepatah
dua
atau
banyak,
aku
berdoa
kepada
Allah,
mudah-mudahan
kamu
dan
sekalian
yang
mendengar
kata-kataku
hari
ini
akan
menjadi
sama
sepertiku,
cuma
tidak
diikat
dengan
rantai.”
30
Raja
Agripa,
Festus
gabenor
Kaisarea,
Bernike
dan
semua
yang
bersama
mereka,
31
berangkat
keluar
dari
mahkamah
sambil
berbincang.
Seorang
daripada
mereka
berkata,
“Orang
itu
tidak
melakukan
apa-apa
yang
menyebabkan
dia
patut
dibunuh
atau
dipenjara.”
32
Agripa
berkata
kepada
Festus,
“Orang
ini
boleh
dibebaskan,
kalau
tidak
kerana
dia
hendak
mengadukan
halnya
kepada
Kaisar.”