1 Apabila Efraim berbicara, orang gementar. Dia mulia di Israel. Akan tetapi, dia bersalah kerana menyembah Baal, dan dia pun mati.
2 Mereka kini lebih banyak lagi berbuat dosa. Mereka membuat patung tuangan daripada perak, iaitu berhala-berhala menurut pemahaman mereka sendiri, semuanya semata-mata hasil buatan tukang. Tentang semua itu mereka berkata, “Orang yang mempersembahkan korban harus mencium patung anak lembu ini.”
3 Oleh sebab itu mereka akan seperti kabus pagi hari dan seperti embun yang hilang pada awal pagi lagi, seperti sekam yang diterbangkan badai dari tempat pembantingan dan seperti asap yang keluar dari tingkap lalu lenyap.
4 “Tetapi Akulah TUHAN, Allahmu, sejak di Tanah Mesir lagi. Engkau tidak mengenal tuhan kecuali Aku, tidak ada penyelamat selain Aku.
5 Akulah yang mengenal engkau di gurun, di tanah yang amat gersang.
6 Setelah merumput, mereka kenyang. Setelah kenyang, mereka bangga diri. Itulah sebabnya mereka melupakan Aku.
7 Maka Aku akan menjadi seperti seekor singa bagi mereka, seperti harimau bintang Aku mengintai di tepi jalan.
8 Kujumpai mereka seperti beruang yang kehilangan anak dan Kukoyak-koyak selaput jantung mereka. Di sana akan Kuterkam mereka seperti singa, seperti binatang liar akan Kucabik mereka.
9 Memang ini pembinasaan engkau, wahai Israel, kerana engkau melawan Aku, melawan sumber pertolonganmu.
10 Di manakah rajamu sekarang, supaya dia menyelamatkan engkau di segala kotamu? Di manakah para pemerintah engkau, yang tentang mereka kaukatakan, ‘Berikanlah kepadaku raja dan para pembesar’?
11 Aku telah memberikan kepadamu seorang raja dalam murka-Ku dan Aku telah melenyapkan dia dalam amarah-Ku.
12 Kesalahan Efraim telah ditentukan, balasannya disimpan untuk masa nanti.
13 Rasa sakit wanita yang bersalin kelak menimpa dia, tetapi dia bukan anak yang bijak. Apabila waktunya tiba, dia tidak juga muncul daripada rahim!
14 Adakah Aku harus menebus mereka daripada kuasa alam barzakh, Adakah Aku akan melepaskan mereka daripada maut. Wahai maut, di manakah wabak penyakitmu? Wahai alam barzakh, di manakah seksa pembinasaanmu? Belas kasihan akan tersembunyi daripada mata-Ku.
15 Sekalipun dia berbuah dalam kalangan saudaranya, angin timur, iaitu angin daripada TUHAN, akan datang, naik dari gurun. Pancuran airnya akan kering dan mata airnya akan tandus. Angin itu akan menjarah perbendaharaan segala barangnya yang indah.
16 Samaria akan menanggung kesalahannya, kerana dia telah menderhaka terhadap Allahnya. Mereka akan tewas oleh pedang, bayi-bayi mereka akan dihempaskan, dan perut kaum perempuan mereka yang mengandung akan dirobekkan.”

Studi Alkitab lengkap, silahkan lihat Alkitab SABDA :: Hosea 13
Studi Alkitab mobile, silahkan lihat Alkitab Mobi :: Hosea 13

Download Aplikasi Alkitab Karaoke (BETA) Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.sabda.alkitabkaraoke
Kunjungi Alkitab Audio Diglot:
AYT - KJV