1 Kunjunganku kepadamu nanti adalah bagi kali yang ketiga. Berdasarkan keterangan dua atau tiga orang saksi, sesuatu dakwaan akan diteguhkan.
2 Dahulu, sewaktu aku tinggal bersamamu dalam kunjunganku yang kedua, aku telah memperingatkan mereka yang berbuat dosa itu serta orang lain. Sekarang, dari jauh aku menulis memperingatkan mereka, bahawa apabila aku datang nanti aku tidak akan menunjukkan belas kasihan kepada mereka.
3 Kamu menuntut bukti bahawa Kristus bersuara melaluiku. Kristus tidaklah lemah menghadapimu; Dia bertindak dengan penuh kuasa dalam dirimu.
4 Kristus disalib kerana kelemahan, tetapi Dia hidup kerana kuasa Allah. Kami juga lemah dalam Dia, namun dengan kuasa Allah akan hidup bersama Dia untuk melayanimu.
5 Ujilah keteguhan imanmu; periksalah dirimu sendiri. Tidakkah kamu tahu Kristus Yesus ada dalam dirimu? Kecuali kamu gagal.
6 Kami yakin kamu tahu bahawa kami bukanlah orang yang tidak tahan diuji.
7 Sekarang aku berdoa kepada Allah semoga kamu tidak melakukan kejahatan bukan kerana kami ingin kelihatan diperkenan sebagai rasul, tetapi supaya kamu melakukan perbuatan yang mulia, meskipun kiranya kami kelihatan seolah-olah tidak layak menjadi rasul.
8 Kami tidak mungkin melakukan sesuatu menentang apa yang benar. Setiap yang kami lakukan adalah untuk menegakkan yang benar.
9 Kami senang hati apabila kami lemah sedangkan kamu kuat. Kami juga mendoakan semoga kamu disempurnakan.
10 Oleh sebab itulah aku menulis segala ini sebelum aku berada di hadapanmu. Dengan demikian, apabila aku berhadapan denganmu kelak, tidaklah perlu aku berkeras terhadapmu melalui kekuasaan yang telah diberikan Tuhan kepadaku untuk meneguhkanmu bukan merosakkanmu.
11 Akhir kata, saudara-saudara seimanku, kuucapkan salam perpisahan dahulu. Berusahalah menjadi sempurna. Senangkan hati, bulatkan muafakat, hidup rukun damai; maka Allah sumber kasih dan damai sejahtera akan bersertamu.
12 Bersalamanlah dengan ciuman suci.
13 Semua orang salih di sini berkirim salam kepadamu.
14 Semoga kasih kurnia Tuhan Yesus Kristus, kasih Allah dan keakraban Roh Kudus menyertai kamu semua. Amin.

Studi Alkitab lengkap, silahkan lihat Alkitab SABDA :: 2 Korintus 13
Studi Alkitab mobile, silahkan lihat Alkitab Mobi :: 2 Korintus 13

Download Aplikasi Alkitab Karaoke (BETA) Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.sabda.alkitabkaraoke
Kunjungi Alkitab Audio Diglot:
AYT - KJV