1 Datanglah firman TUHAN kepadaku demikian,
2 ‘Wahai anak manusia, hadapkanlah mukamu ke Pergunungan Seir dan bernubuatlah menentangnya.
3 Katakan kepadanya: Beginilah firman Tuhan ALLAH, “Sesungguhnya, Aku akan menjadi lawanmu, wahai Pergunungan Seir. Aku akan menghulurkan tangan-Ku melawan engkau dan menjadikan kamu sunyi sepi serta tandus.
4 Kota-kotamu akan Kubuat menjadi reruntuhan, dan engkau akan menjadi sunyi sepi. Maka engkau akan tahu bahawa Akulah TUHAN.
5 Kerana engkau terus memendam rasa permusuhan yang sudah ada sejak dahulu, dan engkau menyerahkan orang Israel kepada kuasa pedang pada waktu mereka mengalami kesusahan, iaitu pada waktu penghukuman ke atas mereka mencapai puncaknya,
6 maka demi Aku yang hidup, demikianlah firman Tuhan ALLAH, Aku telah menetapkan bahawa darahmu akan tertumpah; penumpahan darah akan mengejar engkau. Engkau tidak membenci penumpahan darah, maka penumpahan darah akan mengejar engkau.
7 Aku akan menjadikan Pergunungan Seir sunyi sepi dan tandus; orang yang lalu-lalang di situ akan Kulenyapkan.
8 Aku akan memenuhi pergunungannya dengan orang yang mati terbunuh. Di bukit-bukitmu, di lembah-lembahmu, dan di segala alur sungaimu akan bergelimpangan dengan orang yang terbunuh oleh pedang.
9 Aku akan menjadikan engkau sunyi sepi untuk selama-lamanya, dan kota-kotamu tidak akan dihuni lagi. Maka kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN.
10 Kerana engkau berkata, “Kedua-dua bangsa dan kedua-dua buah negeri itu akan menjadi milikku. Kita akan memilikinya!” – padahal TUHAN hadir di situ –
11 maka demi Aku yang hidup, demikianlah firman Tuhan ALLAH, Aku akan memperlakukan engkau selaras dengan amarah dan dengki yang kautunjukkan dalam kebencianmu terhadap mereka. Akan Kunyatakan diri kepada mereka ketika Aku menghakimi engkau.
12 Maka engkau akan tahu bahawa Aku, TUHAN, mendengar segala nista yang kaukatakan kepada gunung-gunung Israel: ‘Semuanya sudah binasa dan diserahkan sebagai makanan kita.’
13 Kamu membesarkan diri terhadap Aku dengan mulutmu, dan melipatgandakan kata-katamu menentang Aku. Aku mendengarnya.
14 Beginilah firman Tuhan ALLAH: Ketika seluruh bumi bergembira, Aku akan menjadikan engkau sunyi sepi.
15 Sebagaimana engkau bergembira atas harta pusaka keturunan kaum Israel yang menjadi sunyi, demikianlah Aku akan membalas atas kamu. Engkau akan menjadi sunyi sepi, wahai Pergunungan Seir dan seluruh Edom. Maka mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN.” ’

Studi Alkitab lengkap, silahkan lihat Alkitab SABDA :: Yehezkiel 35
Studi Alkitab mobile, silahkan lihat Alkitab Mobi :: Yehezkiel 35

Download Aplikasi Alkitab Karaoke (BETA) Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.sabda.alkitabkaraoke
Kunjungi Alkitab Audio Diglot:
AYT - KJV