1 Para pemimpin umat tinggal di Yerusalem, manakala orang selebihnya mencabut undi untuk menentukan satu daripada sepuluh orang yang harus tinggal di Yerusalem, kota suci itu, sementara sembilan orang yang lainnya tinggal di kota-kota lain.
2 Kemudian rakyat memohonkan keberkatan atas semua orang yang secara sukarela menawarkan diri untuk tinggal di Yerusalem.
3 Inilah daftar ketua wilayah yang tinggal di Yerusalem, sementara orang Israel lainnya, para imam, bani Lewi, para hamba Bait Allah, dan keturunan para hamba Salomo tinggal di kota-kota Yehuda, iaitu di tanah milik masing-masing, di kota mereka sendiri.
4 Di Yerusalem tinggal beberapa orang daripada bani Yehuda dan bani Benyamin. Daripada bani Yehuda: Ataya anak Uzia anak Zakharia anak Amarya anak Sefaca anak Mahalaleel, keturunan Peres,
5 dan Maaseya anak Barukh anak Kolhoze anak Hazaya anak Adaya anak Yoyarib anak Zakharia, keturunan Syela.
6 Seluruh keturunan Peres yang tinggal di Yerusalem berjumlah 468 orang yang gagah perkasa.
7 Daripada bani Benyamin: Salu anak Mesulam anak Yo'ed anak Pedaya anak Kolaya anak Maaseya anak Itiel anak Yesaya,
8 lalu selanjutnya Gabai dan Salai. Seluruhnya berjumlah 928 orang.
9 Yo'el anak Zikhri ialah penyelia mereka, dan Yehuda anak Hasenua ialah penyelia kedua di kota itu.
10 Daripada para imam: Yedaya anak Yoyarib; Yakhin;
11 Seraya anak Hilkia anak Mesulam anak Zadok anak Merayot anak Ahitub, penyelia Rumah Allah,
12 dan saudara-saudara mereka yang melakukan pekerjaan di Rumah itu – 822 orang; Adaya anak Yeroham anak Pelalya anak Amzi anak Zakharia anak Pasyhur anak Malkia,
13 dan saudara-saudaranya, iaitu para ketua kaum keluarga – 242 orang; Amasai anak Azareel anak Ahzai anak Mesilemot anak Imer,
14 dan saudara-saudara mereka, para kesateria yang gagah perkasa – 128 orang. Zabdiel anak Gedolim ialah penyelia mereka.
15 Daripada bani Lewi: Semaya anak Hasub anak Azrikam anak Hasabya anak Buni;
16 Sabetai dan Yozabad, ketua bani Lewi, yang mengawasi pekerjaan di luar Rumah Allah;
17 Matanya anak Mikha anak Zabdi anak Asaf, pemimpin yang memulai ucapan syukur dalam doa; Bakbukya, penyelia kedua antara saudaranya; dan Abda anak Samua anak Galal anak Yedutun.
18 Semua orang Lewi di kota suci berjumlah 284 orang.
19 Para penjaga pintu gerbang: Akub, Talmon, dan saudara-saudara mereka yang berjaga di pintu-pintu gerbang – 172 orang.
20 Orang Israel selebihnya, para imam, dan bani Lewi tinggal di semua kota Yehuda, di tanah warisan pusaka masing-masing.
21 Tetapi para hamba Bait Allah tinggal di Ofel, dipimpin oleh Ziha dan Gispa.
22 Penyelia bani Lewi di Yerusalem ialah Uzi anak Bani anak Hasabya anak Matanya anak Mikha. Dia berasal daripada bani Asaf, iaitu para penyanyi yang bertanggungjawab atas ibadat di Rumah Allah.
23 Mengenai para penyanyi, ada perintah raja yang menentukan tugas mereka setiap hari.
24 Petahya anak Mesezabeel daripada bani Zerah anak Yehuda menjadi wakil raja dalam segala urusan mengenai kalangan umat itu.
25 Bagi segala perkampungan berserta ladang-ladangnya, ada beberapa orang daripada bani Yehuda yang tinggal di Kiryat-Arba dan kampung-kampungnya, di Dibon dan kampung-kampungnya, di Yekabzeel dan desa-desanya,
26 di Yesua, di Molada, di Bet-Pelet,
27 di Hazar-Sual, di Bersyeba dan kampung-kampungnya,
28 di Ziklag, di Mekhona dan kampung-kampungnya,
29 di En-Rimon, di Zora, di Yarmut,
30 Zanoah, Adulam dan desa-desanya, Lakhis dan ladang-ladangnya, serta Azeka dan kampung-kampungnya. Demikianlah mereka mendirikan perkhemahan dari Bersyeba ke Lembah Hinom.
31 Bani Benyamin tinggal dari Geba, iaitu di Mikhmas, Aya, Betel dan kampung-kampungnya,
32 Anatot, Nob, Ananya,
33 Hazor, Rama, Gitaim,
34 Hadid, Zeboim, Nebalat,
35 Lod dan Ono, Lembah Para Tukang.
36 Ada beberapa kumpulan bani Lewi dari Yehuda yang menetap di daerah orang Benyamin.