1 Marilah, marilah kita menyanyi untuk TUHAN; marilah kita bersorak riang untuk Batu Pejal penyelamatan kita.
2 Marilah kita pergi ke hadirat-Nya sambil mengucap syukur, marilah kita bersorak riang untuk-Nya dengan mazmur.
3 Kerana TUHAN ialah Allah Yang Maha Besar, Raja besar di atas semua tuhan.
4 Dalam tangan-Nya tempat-tempat dalam di bumi, bukit-bukau yang tinggi juga milik-Nya.
5 Laut milik-Nya kerana Dia yang menjadikannya, dan tangan-Nya membentuk daratan yang kering.
6 Marilah, marilah kita menyembah dan tunduk, marilah kita berlutut di hadapan TUHAN Pencipta kita;
7 kerana Dia Allah kita dan kita umat-Nya, kawanan domba di bawah tangan-Nya. Hari ini, jika kamu mahu dengar suara-Nya,
8 janganlah keraskan hatimu, seperti di Meriba, seperti pada hari di Masa di padang gurun,
9 ketika nenek moyangmu menguji-Ku, mereka mencuba-Ku meski mereka telah melihat perbuatan-Ku.
10 Selama empat puluh tahun Aku berdukacita dengan keturunan itu; dan Aku berkata, “Kaum ini sesat dalam hatinya, dan tidak mengenal jalan-Ku.”
11 Oleh itu, Aku bersumpah dalam kemurkaan-Ku, “Mereka tidak akan masuk dalam rehat-Ku.”