1 Untuk pemimpin muzik. Menurut lagu “Merpati Sepi di Tanah Jauh.” Mazmur Daud, pada masa orang Filistin menangkapnya di Gat. Kasihanilah aku, ya Allah, kerana orang hendak membinasakan aku; sepanjang hari mereka menyerang dan menindasku.
2 Musuhku memburu aku sepanjang hari; ramai orang menentangku.
3 Apabila aku berasa takut, aku berharap kepada-Mu.
4 Kepada Allah, aku memuji firman-Nya, kepada Allah, aku meletakkan kepercayaanku; aku tidak akan gentar. Apakah yang dapat dilakukan oleh manusia kepadaku?
5 Sepanjang hari mereka memesongkan kata-kataku; seluruh fikiran mereka penuh kejahatan menentangku.
6 Mereka berhimpun, mereka bersembunyi, memerhatikan jejak langkahku, lalu menghendap untuk meragut nyawaku.
7 Mereka tidak patut dibiarkan berleluasa melakukan kejahatan; binasakanlah mereka dalam kemurkaan-Mu, ya Allah.
8 Engkau memerhati setiap gerak-geriku; Engkau mengambil kira setiap titis air mataku – tidakkah mereka itu tercatat dalam buku-Mu?
9 Apabila aku berseru kepada-Mu musuhku akan berundur. Ini aku tahu, kerana Allah memihak kepadaku.
10 Kepada Allah, aku memuji firman-Nya, kepada TUHAN, aku memuji firman TUHAN –
11 kepada Allah kuletakkan kepercayaanku; aku tidak akan gentar. Apakah yang dapat dilakukan oleh manusia kepadaku?
12 Aku akan menunaikan segala janjiku kepada-Mu, ya Allah; aku akan bersyukur memuji-Mu.
13 Kerana Engkau telah menyelamatkan aku daripada maut dan mengelakkan kakiku daripada tergelincir, supaya aku dapat melangkah di hadapan Allah dalam cahaya orang yang hidup.

Studi Alkitab lengkap, silahkan lihat Alkitab SABDA :: Mazmur 56
Studi Alkitab mobile, silahkan lihat Alkitab Mobi :: Mazmur 56

Download Aplikasi Alkitab Karaoke (BETA) Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.sabda.alkitabkaraoke
Kunjungi Alkitab Audio Diglot:
AYT - KJV