1 Untuk pemimpin muzik. Renungan puak Korah. Seperti rusa merindui air sungai, demikianlah jiwaku merindui-Mu, ya Allah.
2 Jiwaku dahaga akan Allah, Allah yang hidup. Bilakah aku akan datang ke hadirat Allah?
3 Air mataku menjadi makananku siang malam, manakala mereka terus-menerus berkata kepadaku, “Di manakah Allahmu?”
4 Apabila kukenang segala ini kucurah keluar seluruh jiwaku: kerana dahulu aku pergi bersama orang ramai, ke Rumah Allah, dengan sorak-sorai kegembiraan dan puji-pujian bersama orang ramai menyambut hari mulia.
5 Mengapa kau nestapa, wahai jiwaku? Mengapa engkau resah gelisah? Berharaplah kepada Allah, kerana aku akan memuji-Nya, Penyelamatku.
6 Ya Allahku, jiwaku nestapa dalam diriku; maka aku akan ingat kepada-Mu dari tanah Yordan, dan puncak Gunung Hermon – serta dari Bukit Mizar.
7 Jiwaku bagai dipanggil-panggil ketika mendengar deru air terjun-Mu; segala ombak dan gelombang-Mu telah menenggelamkan aku.
8 TUHAN akan melimpahkan kasih-Nya pada siang hari, dan pada waktu malam nyanyian-Nya akan menemaniku – doa kepada Allah hidupku.
9 Aku akan berkata kepada Allah Batu Pejalku, “Mengapa Engkau melupakan aku? Mengapa aku bersedih, kerana ditindas musuh?”
10 Seperti mematahkan tulang-tulangku, musuhku mengejekku, dengan berkata kepadaku sepanjang hari, “Di manakah Allahmu?”
11 Mengapa kau nestapa, wahai jiwaku? Mengapa kau resah gelisah? Berharaplah kepada Allah, kerana aku akan memuji-Nya, Penyelamatku dan Allahku.

Studi Alkitab lengkap, silahkan lihat Alkitab SABDA :: Mazmur 42
Studi Alkitab mobile, silahkan lihat Alkitab Mobi :: Mazmur 42

Download Aplikasi Alkitab Karaoke (BETA) Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.sabda.alkitabkaraoke
Kunjungi Alkitab Audio Diglot:
AYT - KJV