1 Mazmur Daud. Nyanyian. Untuk pentahbisan tempat beribadat. Aku akan memuji-Mu, ya TUHAN, kerana Engkau telah menyelamatkan aku dan tidak membiarkan seteruku bergembira menumpaskan aku.
2 Ya TUHAN, ya Allahku, aku telah berseru kepada-Mu lalu Engkau menyembuhkan aku.
3 Ya TUHAN, Engkau telah membawa nyawaku keluar dari kubur; Engkau telah melanjutkan usiaku supaya aku tidak masuk ke lubang maut.
4 Nyanyikanlah puji-pujian kepada TUHAN, wahai umat-Nya yang warak; dan bersyukurlah mengingati nama-Nya yang suci.
5 Kerana kemurkaan-Nya cuma sebentar, keredaan-Nya sepanjang kehidupan kekal; tangisan mungkin berlangsung semalaman, tetapi kegembiraan muncul sewaktu pagi.
6 Ketika aku berjaya aku berkata, “Aku tidak akan goyah.”
7 TUHAN, dengan keredaan-Mu, Engkau mengukuhkan gunungku; dahulu ketika Engkau menyembunyikan wajah-Mu, aku berasa bimbang.
8 Aku telah berseru kepada-Mu, ya TUHAN; dan kepada-Mu aku telah merayu:
9 “Apakah gunanya jika darahku tertumpah, dan aku masuk ke kubur? Adakah debu akan memuji-Mu? dan mengisytiharkan kesetiaan-Mu?
10 Dengarlah, ya TUHAN, dan kasihanilah aku; Ya TUHAN, tolonglah aku.”
11 Engkau telah mengubah kesedihanku menjadi tarian riang; Engkau telah melucutkan kedukaanku dan meliputiku dengan keriaan,
12 supaya aku menyanyikan puji-pujian untuk-Mu sepanjang masa. Ya TUHAN, ya Allahku, aku akan bersyukur kepada-Mu selama-lamanya.

Studi Alkitab lengkap, silahkan lihat Alkitab SABDA :: Mazmur 30
Studi Alkitab mobile, silahkan lihat Alkitab Mobi :: Mazmur 30

Download Aplikasi Alkitab Karaoke (BETA) Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.sabda.alkitabkaraoke
Kunjungi Alkitab Audio Diglot:
AYT - KJV