1 Mazmur Daud. Dengarlah doaku, ya TUHAN, dengarlah permohonanku; jawablah dengan kesetiaan-Mu dan dengan perbenaran-Mu.
2 Janganlah jalankan penghakiman ke atas hamba-Mu, kerana dalam pandangan-Mu tiada makhluk hidup yang benar.
3 Kerana musuh telah menganiaya jiwaku, dia telah menindasku ke tanah; dia telah membuat aku tinggal dalam kegelapan seperti orang yang sudah lama mati.
4 Oleh itu, rohku tertekan di dalamku; hatiku gundah di dalamku.
5 Aku mengenang zaman silam; aku merenungkan semua perbuatan-Mu, aku memikirkan segala hasil kerja tangan-Mu.
6 Aku menadahkan tanganku kepada-Mu; jiwaku merindui-Mu seperti tanah yang dahaga. Sela
7 Jawablah segera, ya TUHAN; rohku layu. Janganlah sembunyikan wajah-Mu daripadaku, takut nanti aku menjadi seperti mereka yang masuk ke dalam jurang.
8 Perdengarkanlah kasih setia-Mu kepadaku pada waktu pagi, kerana kepada-Mu kusandarkan kepercayaanku. Beritahulah aku jalan yang harus kuambil, kerana aku mengangkatkan jiwaku kepada-Mu.
9 Lepaskanlah aku, ya TUHAN, daripada musuhku, kepada-Mu aku berlindung.
10 Ajarlah aku melakukan kehendak-Mu, kerana Engkaulah Allahku; Biarlah Roh baik-Mu membimbing aku di alam ketulusan.
11 Pulihkanlah aku, ya TUHAN, demi nama-Mu; demi perbenaran-Mu, bawalah jiwaku keluar daripada kesusahan.
12 Dengan kasih setia-Mu, tumbangkanlah musuhku; dan musnahkanlah kesemua mereka yang menyakiti jiwaku, kerana aku hamba-Mu.

Studi Alkitab lengkap, silahkan lihat Alkitab SABDA :: Mazmur 143
Studi Alkitab mobile, silahkan lihat Alkitab Mobi :: Mazmur 143

Download Aplikasi Alkitab Karaoke (BETA) Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.sabda.alkitabkaraoke
Kunjungi Alkitab Audio Diglot:
AYT - KJV