1
Pada
tahun
yang
kelima
belas
pemerintahan
Kaisar
Tiberius,
Pontius
Pilatus
menjadi
gabenor
negeri
Yudea,
Herodes
menjadi
raja
negeri
Galilea
dan
saudaranya
Filipus
menjadi
raja
di
wilayah
Iturea
dan
Trakhonitis,
Lisanias
menjadi
raja
Abilene
2
dan
Hanas
serta
Kayafas
menjadi
imam
besar.
Pada
masa
ini,
firman
Allah
datang
kepada
Yohanes
anak
Zakharia
di
gurun.
3
Lalu
Yohanes
pergi
ke
seluruh
daerah
Sungai
Yordan
mengkhabarkan
satu
baptisan
pertaubatan
untuk
pengampunan
dosa,
4
seperti
yang
tersurat
dalam
kitab
Nabi
Yesaya:
“Suara
seorang
yang
berseru
di
gurun,
‘Sediakanlah
jalan
untuk
Tuhan,
luruskanlah
jalan
untuk-Nya.
5
Setiap
lembah
akan
ditambak
dan
setiap
gunung
serta
bukit
akan
diratakan.
Tempat
bengkang-bengkok
akan
diluruskan
dan
jalan
lekak-lekuk
akan
dilicinkan.
6
Semua
manusia
akan
melihat
penyelamatan
yang
dikurniakan
oleh
Allah.’ ”
7
Yohanes
berkata
kepada
orang
ramai
yang
berkerumun
untuk
dibaptis
olehnya,
“Hai,
kamu
bagaikan
ular
kapak
berbisa,
siapakah
yang
mengingatkan
kamu
supaya
melepaskan
diri
daripada
kemurkaan
Allah
kelak?
8
Buktikanlah
dengan
perbuatan
bahawa
kamu
telah
bertaubat.
Jangan
mula
berkata
sesama
sendiri,
‘Abraham
bapa
moyang
kita.’
Ketahuilah,
Allah
berkuasa
menjadikan
batu-batu
ini
anak
cucu
Abraham.
9
Kapak
sudah
terletak
pada
akar
umbi
pokok.
Setiap
pokok
yang
tidak
menghasilkan
buah
yang
baik
akan
ditebang
dan
dihumbankan
ke
dalam
api.”
10
Orang
ramai
itu
bertanya
kepada
Yohanes,
“Jadi,
apa
yang
harus
kami
buat?”
11
Dia
menjawab,
“Sesiapa
yang
mempunyai
dua
helai
baju
hendaklah
memberi
kepada
orang
yang
tidak
mempunyai
baju,
dan
sesiapa
yang
mempunyai
makanan
hendaklah
berkongsi
dengan
orang
yang
memerlukannya.”
12
Ada
pemungut
cukai
datang
untuk
dibaptiskan
lalu
bertanya
kepada
Yohanes,
“Guru,
apa
yang
harus
kami
buat?”
13
Yohanes
berkata
kepada
mereka,
“Jangan
suruh
orang
membayar
lebih
daripada
apa
yang
ditetapkan.”
14
Ada
askar
bertanya
kepadanya,
“Bagaimanakah
dengan
kami?
Apa
yang
harus
kami
buat?”
Yohanes
berkata
kepada
mereka,
“Jangan
aniayai
orang
dan
jangan
rampas
harta
benda
atau
ajukan
tuduhan
palsu.
Berpuas
hatilah
dengan
gajimu.”
15
Orang
ramai
menanti-nanti
dengan
penuh
harapan
dan
mereka
tertanya-tanya
dalam
hati
tentang
Yohanes
kalau-kalau
dialah
Kristus
itu.
16
Yohanes
berkata
kepada
mereka,
“Aku
ini
membaptis
kamu
dengan
air
tetapi
seorang
yang
lebih
berkuasa
daripadaku
akan
datang.
Aku
ini
tidak
layak
walaupun
untuk
mengurai
tali
kasut-Nya.
Dialah
yang
akan
membaptis
kamu
dengan
Roh
Kudus
dan
api.
17
Tangan-Nya
memegang
nyiru
untuk
menampi.
Dia
akan
membersihkan
tempat
pembantingan
dan
mengumpulkan
gandum
di
dalam
jelapang-Nya
tetapi
sekam
akan
dibakar-Nya
dalam
api
yang
tidak
dapat
dipadamkan.”
18
Yohanes
menasihati
orang
dengan
pelbagai
cara
serta
memberitakan
Injil
kepada
mereka.
19
Dia
telah
menegur
Raja
Herodes
tentang
perkahwinannya
dengan
Herodias,
isteri
saudaranya,
dan
tentang
segala
kejahatan
yang
dilakukannya.
20
Kemudian,
Raja
Herodes
melakukan
dosa
yang
lebih
dahsyat
dengan
memenjarakan
Yohanes.
21
Ketika
semua
orang
dibaptiskan,
Yesus
pula
dibaptiskan.
Ketika
Dia
berdoa,
langit
terbuka,
22
Roh
Kudus
berupa
burung
merpati
turun
ke
atas-Nya.
Kedengaran
satu
suara
dari
langit
yang
berkata,
“Engkaulah
Anak-Ku
yang
Kukasihi
dan
dengan-Mu
Aku
berkenan.”
23
Yesus
berusia
lebih
kurang
tiga
puluh
tahun
pada
masa
Dia
memulakan
pelayanan-Nya.
Pada
sangkaan
orang,
Dia
anak
kepada
Yusuf,
anak
Eli,
24
anak
Matat,
anak
Lewi,
anak
Malkhi,
anak
Yanai,
anak
Yusuf,
25
anak
Matica,
anak
Amush,
anak
Nahum,
anak
Hesli,
anak
Nagai,
26
anak
Maat,
anak
Matica,
anak
Simei,
anak
Yosekh,
anak
Yoda,
27
anak
Yohanan,
anak
Resa,
anak
Zerubabel,
anak
Sealtiel,
anak
Neri,
28
anak
Malkhi,
anak
Adi,
anak
Kosam,
anak
Elmadam,
anak Er,
29
anak
Yesua,
anak
Eliezer,
anak
Yorim,
anak
Matat,
anak
Lewi,
30
anak
Simeon,
anak
Yehuda,
anak
Yusuf,
anak
Yonam,
anak
Elyakim,
31
anak
Melea,
anak
Mina,
anak
Matata,
anak
Natan,
anak
Daud,
32
anak
Isai,
anak
Obed,
anak
Boas,
anak
Salmon,
anak
Nahason,
33
anak
Aminadab,
anak
Admin,
anak
Arni,
anak
Hezron,
anak
Peres,
anak
Yehuda,
34
anak
Yakub,
anak
Ishak,
anak
Abraham,
anak
Terah,
anak
Nahor,
35
anak
Serug,
anak
Rehu,
anak
Peleg,
anak
Eber,
anak
Selah,
36
anak
Kenan,
anak
Arpakhsad,
anak
Sem,
anak
Nuh,
anak
Lamekh,
37
anak
Metusalah,
anak
Henokh,
anak
Yared,
anak
Mahalaleel,
anak
Kenan,
38
anak
Enos,
anak
Set,
anak
Adam,
anak
Allah.