1 Sesungguhnya, Tuhan, ALLAH alam semesta, akan menyingkirkan dari Yerusalem dan dari Yehuda baik penunjang mahupun penopang, iaitu semua bekalan makanan dan air,
2 kesateria dan pejuang, pengadil dan nabi, penenung dan tua-tua,
3 pemimpin pasukan lima puluh dan orang terhormat, penasihat dan tukang-tukang yang pandai, serta ahli mantera.
4 Aku akan mengangkat para pemuda biasa menjadi pemimpin mereka, dan anak-anak yang tidak mantap akan berkuasa atas mereka.
5 Bangsa itu akan saling menindas, seorang terhadap seorang, satu terhadap yang lain. Anak-anak akan berlaku kurang ajar terhadap orang tua, dan orang hina menentang orang mulia.
6 Sesungguhnya, seseorang akan memegang saudaranya di rumah ayahnya dan berkata, “Engkau masih punya pakaian, jadilah pemimpin kami! Biarlah reruntuhan ini di bawah kuasamu.”
7 Tetapi pada waktu itu dia akan berseru demikian, “Aku tidak mahu menjadi penolong. Di rumahku tidak ada roti dan tidak ada pakaian. Jangan angkat aku jadi pemimpin bangsa!”
8 Sungguh, Yerusalem telah tersandung dan Yehuda telah jatuh, kerana percakapan serta perbuatan mereka menentang TUHAN, menderhaka terhadap hadirat-Nya yang mulia.
9 Air muka mereka menjadi saksi bagi mereka. Mereka mempamerkan dosa-dosa mereka seperti Sodom, bukannya menyembunyikannya. Malangnya orang itu, kerana mereka mendatangkan malapetaka kepada diri mereka sendiri!
10 Katakanlah kepada orang benar bahawa keadaan mereka akan baik, kerana mereka akan menikmati hasil pekerjaan mereka.
11 Malangnya orang fasiq! Malapetaka akan menimpa mereka, kerana perbuatan mereka akan dibalas kepada mereka sendiri.
12 Umat-Ku ditindas oleh anak-anak, dan perempuan-perempuan berkuasa atas mereka. Wahai umat-Ku, para pemimpinmu yang membawa penyesatan, mereka mengelirukan arah tujuanmu.
13 TUHAN mengambil tempat untuk menuntut, dan berdiri untuk menghakimi suku-suku bangsa.
14 TUHAN datang untuk berperkara dengan para tua-tua dan para penguasa umat-Nya, “Kamulah yang memusnahkan kebun anggur itu! Rampasan daripada orang miskin ada di rumahmu.
15 Apa maksudmu meremukkan umat-Ku dan menggilas muka orang miskin?” demikianlah firman Tuhan, ALLAH alam semesta.
16 TUHAN berfirman, “Atas sebab puteri-puteri Sion sombong, berjalan dengan leher dijenjangkan sambil bermain mata, berjalan dengan langkah dibuat-buat sambil membunyikan kerincing kaki mereka,
17 maka TUHAN akan membuat ubun-ubun puteri Sion berkudis, dan TUHAN akan menyingkapkan aurat mereka.”
18 Pada hari itu TUHAN akan menyingkirkan perhiasan-perhiasan mereka, iaitu gelang kaki, ikat kepala, kalung bulan-bulanan,
19 anting-anting, gelang tangan, kerudung,
20 perhiasan kepala, rantai perhiasan kaki, ikat pinggang, kotak minyak wangi, azimat,
21 cincin, anting-anting hidung,
22 pakaian pesta, jubah, selendang, tas tangan,
23 cermin, pakaian linen, serban, dan cadar.
24 Maka akan ada bau busuk sebagai ganti rempah-rempah harum, seutas tali sebagai ganti ikat pinggang, kepala gondol sebagai ganti rambut yang terbentuk rapi, kain kabung sebagai ganti jubah mahal, dan luka bakar sebagai ganti kecantikan.
25 Kaum lelakimu akan tewas oleh pedang, dan para kesateriamu gugur dalam peperangan.
26 Pintu-pintu gerbang Sion akan mengeluh serta berkabung dan dalam kehampaan ia akan duduk di tanah.

Studi Alkitab lengkap, silahkan lihat Alkitab SABDA :: Yesaya 3
Studi Alkitab mobile, silahkan lihat Alkitab Mobi :: Yesaya 3

Download Aplikasi Alkitab Karaoke (BETA) Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.sabda.alkitabkaraoke
Kunjungi Alkitab Audio Diglot:
AYT - KJV