1
Daripada
Paulus,
rasul
Kristus
Yesus
dengan
kehendak
Allah,
Kepada
semua
orang
salih
di
Efesus,
iaitu
orang
yang
beriman
kepada
Kristus
Yesus:
2
Kasih
kurnia
dan
damai
sejahtera
kepadamu
daripada
Bapa
kita
Allah
dan
daripada
Tuhan
Yesus
Kristus.
3
Segala
puji
bagi
Allah,
Bapa
Tuhan
kita
Yesus
Kristus,
yang
telah
memberkati
kita
dengan
segala
berkat
rohani
di
syurga
dalam
Kristus.
4
Sebabnya
Dia
telah
memilih
kita
dalam
Kristus
sebelum
dunia
ini
dijadikan,
supaya
kita
suci
dan
tidak
bercela
di
hadapan-Nya.
Dalam
kasih,
5
Dia
telah
menentukan
kita
dari
mulanya
untuk
diangkat
sebagai
anak
oleh
Yesus
Kristus
kepada
diri-Nya,
menurut
keredaan
dan
kehendak-Nya –
6
supaya
terpujilah
kemuliaan
kasih
kurnia-Nya,
yang
dirahmati-Nya
kepada
kita
dalam
Dia
yang
dikasihi-Nya.
7
Dalam-Nya
kita
mendapat
penebusan
melalui
darah-Nya,
pengampunan
dosa,
menurut
limpah
kasih
kurnia-Nya
8
yang
dilimpahkan-Nya
kepada
kita
dengan
segala
kebijaksanaan
dan
pengertian.
9
Dia
memberitahu
kita
rahsia
kehendak-Nya,
menurut
keredaan-Nya
yang
sudah
ditentukan-Nya
dalam
Kristus,
10
bahawa
setelah
sampai
masa
pelaksanaannya
–
Dia
akan
menyatukan
segala
sesuatu
di
bawah
Kristus
sebagai
Kepala,
baik
yang
di
syurga
mahupun
yang
di
bumi.
11
Dalam-Nya
juga
kita
telah
mendapat
warisan,
kerana
telah
ditentukan
dari
mulanya
menurut
maksud
Allah
yang
melakukan
segalanya
seperti
pertimbangan
kehendak-Nya,
12
bahawa
kami
yang
mula-mula
menaruh
harapan
pada
Kristus
akan
mendatangkan
puji
bagi
kemuliaan-Nya.
13
Kamu
juga
dalam
Kristus
setelah
mendengar
kata
kebenaran,
iaitu
Injil
tentang
penyelamatanmu.
Dan
dalam-Nya,
setelah
mempercayai-Nya,
kamu
telah
dimaterai
dengan
Roh
Kudus
yang
dijanjikan-Nya,
14
yang
menjadi
jaminan
bagi
warisan
kita
hingga
penebusan
orang
yang
dimiliki
Allah
–
segala
puji
bagi
kemuliaan-Nya.
15
Oleh
itu
aku
juga,
setelah
mendengar
bahawa
kamu
beriman
kepada
Tuhan
Yesus
dan
mengasihi
semua
orang
yang
salih,
16
tidak
putus-putus
bersyukur
tentangmu
dan
menyebutmu
dalam
doaku.
17
Aku
berdoa
semoga
Allah
Tuhan
kita
Yesus
Kristus,
iaitu
Bapa
kemuliaan,
memberimu
roh
kebijaksanaan
dan
wahyu
untuk
mengenali-Nya.
18
Semoga
Allah
menerangkan
mata
hatimu
untuk
mengetahui
harapan
daripada
panggilan-Nya,
limpah
kemuliaan
warisan-Nya
dalam
orang
yang
salih,
19
dan
betapa
besar
kuasa-Nya
bagi
kita
yang
beriman.
Demikianlah
pelaksanaan
kuasa-Nya
yang
agung itu
20
dalam
Kristus
apabila
membangkitkan-Nya
daripada
kematian
dan
mendudukkan-Nya
di
sebelah
kanan-Nya
di
syurga.
21
Allah
meletakkan
Kristus
jauh
di
atas
segala
penguasa
dan
kekuasaan,
kuasa
dan
pemerintahan,
dan
setiap
nama
yang
dinamakan,
bukan
sahaja
pada
zaman
ini
tetapi
juga
pada
zaman
akan
datang.
22
Allah
meletakkan
segalanya
di
bawah
kaki-Nya
dan
menjadikan-Nya
Kepala
semua
hal
ehwal
jemaah,
23
yang
merupakan
tubuh-Nya,
disempurnakan
oleh
Dia
yang
menyempurnakan
segala-galanya.