1 Rehabeam pergi ke Sikhem, kerana semua orang Israel telah datang ke Sikhem untuk menobatkan dia menjadi raja.
2 Pada waktu itu Yerobeam anak Nebat masih berada di Mesir kerana sebelumnya dia melarikan diri daripada Raja Salomo. Setelah Yerobeam mendengar khabar itu, kembalilah dia dari Mesir.
3 Maka beberapa orang diutus untuk memanggil dia. Lalu Yerobeam serta semua orang Israel menemui Rehabeam dan berkata demikian,
4 “Ayah tuanku telah memberatkan tanggungan kami. Sekarang, mohon ringankanlah perhambaan yang keras daripada ayah tuanku itu dan tanggungan berat yang dipikulkannya kepada kami, maka kami akan menjadi hamba tuanku.”
5 Jawabnya kepada mereka, “Kembalilah menghadap aku tiga hari lagi.” Lalu pulanglah rakyat itu.
6 Kemudian Raja Rehabeam berunding dengan para tua-tua yang dahulu melayani Salomo, ayahnya, sewaktu Salomo masih hidup. Tanyanya, “Apakah nasihatmu untuk menjawab rakyat ini?”
7 Jawab mereka kepadanya, “Jika tuanku mahu berbuat baik kepada rakyat ini, menyenangkan mereka, dan menjawab mereka dengan kata-kata yang baik, maka mereka akan menjadi hamba tuanku sepanjang waktu.”
8 Akan tetapi, dia mengabaikan nasihat yang diberikan kepadanya oleh para tua-tua itu, lalu berunding dengan pemuda-pemuda yang membesar bersama-samanya dan yang melayani dia.
9 Tanyanya kepada mereka, “Apakah nasihatmu? Bagaimanakah kita harus menjawab rakyat yang berkata kepadaku, ‘Ringankanlah tanggungan yang dipikulkan ayah tuanku kepada kami’?”
10 Pemuda-pemuda yang membesar bersama-samanya itu menjawab, “Beginilah harus tuanku katakan kepada rakyat yang berkata kepada tuanku, ‘Ayah tuanku telah memberatkan tanggungan kami, tetapi mohon sudilah tuanku meringankannya bagi kami.’ Beginilah harus tuanku katakan kepada mereka, ‘Jari kelengkengku lebih besar daripada pinggang ayahku.
11 Ayahku telah membebankan tanggungan yang berat kepadamu, tetapi aku akan menambah tanggunganmu. Ayahku telah mengajar kamu dengan cemeti, tetapi aku akan mengajar kamu dengan kala jengking.”
12 Kemudian datanglah Yerobeam dan seluruh rakyat menghadap Rehabeam pada hari ketiga, sebagaimana kata-kata raja, “Kembalilah menghadap aku tiga hari lagi.”
13 Raja menjawab mereka dengan kasar. Dia mengabaikan nasihat para tua-tua,
14 dan menjawab rakyat menurut nasihat pemuda-pemuda itu, katanya, “Ayahku telah memberatkan tanggunganmu, tetapi aku akan menambahnya. Ayahku telah mengajar kamu dengan cemeti, tetapi aku akan mengajar kamu dengan kala jengking.”
15 Dengan demikian raja tidak mendengar permintaan rakyat. Perkara itu memang ditetapkan Allah, kerana TUHAN hendak melaksanakan firman yang disampaikan-Nya kepada Yerobeam anak Nebat dengan perantaraan Ahia, orang Silo itu.
16 Setelah semua orang Israel melihat bahawa raja tidak mahu mendengar permintaan mereka, maka rakyat menjawab raja demikian, “Bahagian apakah yang kita peroleh daripada Daud? Kita tidak memperoleh harta pusaka daripada anak Isai itu! Pulanglah ke khemah masing-masing, wahai Israel! Sekarang, uruslah rumah tanggamu sendiri, wahai Daud!” Maka pergilah semua orang Israel ke khemah masing-masing.
17 Namun demikian, Rehabeam masih bertakhta atas orang Israel yang tinggal di kota-kota Yehuda.
18 Kemudian Raja Rehabeam mengutus Hadoram, yang mengepalai buruh paksa. Akan tetapi, orang Israel melontarnya dengan batu sehingga dia mati. Raja Rehabeam pun segera menaiki ratanya untuk melarikan diri ke Yerusalem.
19 Demikianlah orang Israel memberontak terhadap keluarga Daud sampai hari ini.

Studi Alkitab lengkap, silahkan lihat Alkitab SABDA :: 2 Tawarikh 10
Studi Alkitab mobile, silahkan lihat Alkitab Mobi :: 2 Tawarikh 10

Download Aplikasi Alkitab Karaoke (BETA) Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.sabda.alkitabkaraoke
Kunjungi Alkitab Audio Diglot:
AYT - KJV