1 Cabutan undi kedua memihak suku Simeon, iaitu bagi suku bani Simeon menurut kaum-kaum mereka. Harta pusaka mereka terletak di tengah-tengah harta pusaka bani Yehuda,
2 meliputi Bersyeba, Syeba, Molada,
3 Hazar-Sual, Bala, Ezem,
4 Eltolad, Betul, Horma,
5 Ziklag, Bet-Markabot, Hazar-Susa,
6 Bet-Lebaot, Saruhen iaitu sejumlah tiga belas kota dengan desa-desanya;
7 dan empat kota lagi dengan desa-desanya iaitu Ain, Rimon, Eter, Asan;
8 juga seluruh desa di sekeliling kota-kota itu sampai ke Baalat-Beer, iaitu Rama di Tanah Negeb. Itulah harta pusaka suku bani Simeon menurut kaum-kaum mereka.
9 Harta pusaka bani Simeon berada di dalam bahagian bani Yehuda kerana bahagian bani Yehuda itu terlalu besar bagi mereka. Sebab itulah bani Simeon mendapat harta pusaka di tengah-tengah harta pusaka mereka.
10 Undian ketiga memihak kepada bani Zebulon menurut kaum-kaum mereka. Sempadan harta pusaka mereka sampai sejauh Sarid.
11 Ke arah barat pula, sempadan itu menanjak menuju Marala, menyentuhi Dabeset dan sungai di depan Yokneam.
12 Dari Sarid sempadan menghala ke sebelah timur, arah matahari terbit, ke sempadan Kislot-Tabor, lalu keluar ke Dobrat dan naik ke Yafia.
13 Dari situ sempadan itu menganjur ke sebelah timur, iaitu ke Gat-Hefer, lalu ke Et-Kazin, keluar di Rimon, dan membelok ke Nea;
14 dan selanjutnya membelok di utara ke Hanaton, dan berakhir di Lembah Yiftah-El.
15 Daerahnya termasuk juga Katat, Nahalal, Simron, Yidala, Betlehem iaitu dua belas buah kota dengan desa-desanya.
16 Kota-kota itu dengan desa-desanya itulah harta pusaka bani Zebulon menurut kaum-kaum mereka.
17 Undian keempat memihak kepada suku Isakhar, iaitu bagi bani Isakhar menurut kaum-kaum mereka.
18 Daerah mereka ialah Yizreel, Kesulot, Sunem,
19 Hafaraim, Sion, Anaharat,
20 Rabit, Kisyon, Ebes,
21 Remet, En-Ganim, En-Hada, dan Bet-Pazes.
22 Sempadan daerah itu bergeser dengan Tabor, Sahazima, Bet-Semes dan berakhir di Sungai Yordan iaitu sejumlah enam belas buah kota dengan desa-desanya.
23 Kota-kota itu dengan desa-desanya itulah harta pusaka suku bani Isakhar menurut kaum-kaum mereka.
24 Undian kelima memihak kepada suku bani Asyer menurut kaum-kaum mereka.
25 Daerah mereka ialah Helkat, Hali, Beten, Akhsaf,
26 Alamelekh, Amad, dan Misal. Di sebelah barat sempadan bergeser dengan Karmel dan Sikhor Libnat,
27 kemudian menghala ke arah matahari terbit, ke Bet-Dagon. Setelah itu, sempadan menyentuhi Zebulon dan Lembah Yiftah-El menuju utara, ke Bet-Emek serta Nehiel, dan keluar di Kabul di sebelah utara,
28 terus ke Ebron, Rehob, Hamon, Kana, sampai ke Sidon Besar.
29 Kemudian sempadan belok ke Rama dan sampai ke kota kubu Tirus. Selanjutnya sempadan belok lagi ke Hosa dan berakhir di laut. Daerahnya termasuk juga Mahalab, Akhzib,
30 Uma, Afek, Rehob iaitu sejumlah dua puluh kota dengan desa-desanya.
31 Kota-kota itu dengan desa-desanya itulah harta pusaka suku bani Asyer menurut kaum-kaum mereka.
32 Undian keenam memihak kepada bani Naftali, iaitu bagi bani Naftali menurut kaum-kaum mereka.
33 Daerah mereka dimulai dari Helef, dari pokok oak di Zaananim, terus ke Adami-Nekeb, Yabneel, sampai ke Lakum, dan berakhir di Sungai Yordan.
34 Kemudian sempadan belok ke sebelah barat menuju Aznot-Tabor, lalu dari situ keluar ke Hukok. Di sebelah selatan sempadan bersinggungan dengan Zebulon, di sebelah barat dengan Asyer, dan di arah matahari terbit dengan Yehuda di tepi Sungai Yordan.
35 Kota-kota kubunya ialah Zidim, Zer, Hamat, Rakat, Kineret,
36 Adama, Rama, Hazor,
37 Kedesh, Edrei, En-Hazor,
38 Yiron, Migdal-El, Horem, Bet-Anat, dan Bet-Semes iaitu sejumlah sembilan belas kota dengan desa-desanya.
39 Kota-kota itu dengan desa-desanya itulah harta pusaka suku bani Naftali menurut kaum-kaum mereka.
40 Undian ketujuh memihak kepada suku bani Dan menurut kaum-kaum mereka.
41 Daerah harta pusaka mereka ialah Zora, Esytaol, Ir-Semes,
42 Saalabin, Ayalon, Yitla,
43 Elon, Timna, Ekron,
44 Elteke, Gibeton, Baalat,
45 Yehud, Bene-Berak, Gat-Rimon,
46 Me-Yarkon, dan Rakon berserta daerah yang berhadapan dengan Yope.
47 Bani Dan kehilangan sebahagian daripada daerah mereka lalu mereka maju berperang melawan kota Lesem. Mereka menawan kota itu, membunuh penduduknya dengan mata pedang, mendudukinya, dan tinggal di sana. Lesem dinamai mereka Dan menurut nama bapa leluhur mereka, Dan.
48 Kota-kota itu dengan desa-desanya itulah harta pusaka suku bani Dan menurut kaum-kaum mereka.
49 Setelah mereka selesai membahagi-bahagikan negeri itu menjadi harta pusaka mereka menurut daerah-daerahnya, orang Israel memberikan suatu harta pusaka kepada Yosua anak Nun di tengah-tengah mereka.
50 Menurut perintah TUHAN, mereka memberikan kepadanya kota yang dimintanya, iaitu Timnat-Serah di pergunungan Efraim. Kemudian dia membina kota itu dan tinggal di dalamnya.
51 Itulah harta pusaka yang dibahagi-bahagikan oleh Imam Eleazar, Yosua anak Nun, dan ketua kaum keluarga suku-suku orang Israel dengan mencabut undi di Silo, di hadapan TUHAN, di depan pintu Khemah Pertemuan. Demikianlah mereka menyelesaikan pembahagian negeri itu.