1
Aku
melihat
pula
di
langit
suatu
tanda
lagi,
yang
besar
dan
ajaib,
iaitu
tujuh
malaikat
membawa
tujuh
wabak
terakhir,
maka
dengannya
selesailah
kemurkaan
Allah.
2
Kulihat
seakan-akan
lautan
kaca
bercampur
api.
Mereka
yang
menang
menghadapi
dugaan
binatang
itu,
patungnya,
tandanya
dan
angka
namanya,
berdiri
di
atas
laut
kaca
itu
memegang
kecapi
Allah.
3
Mereka
menyanyikan
nyanyian
Musa,
hamba
Allah,
dan
nyanyian
Anak
Domba:
“Agung
dan
ajaib
pekerjaan-Mu,
Tuhan,
Allah
Maha
Kuasa!
Benar
dan
adil
setiap
jalan-Mu,
Ya
Raja
segala
bangsa!
4
Siapakah
yang
tidak
takut
kepada-Mu,
Ya
Tuhan,
dan
memuliakan
nama-Mu?
Kerana
hanya
Engkaulah
Yang
Maha
Suci.
Semua
bangsa
akan
datang
dan
sujud
menyembah-Mu,
kerana
penghakiman-Mu
telah
ternyata.”
5
Setelah
itu,
aku
melihat
pula
dan
ternampak
Bait
Suci
di
dalam
khemah
kesaksian
di
syurga
terbuka.
6
Dari
Bait
Suci
itu
keluarlah
tujuh
malaikat
yang
membawa
tujuh
wabak
itu,
berpakaian
linen
yang
bersih
dan
berseri-seri,
dada
mereka
dililiti
pending
emas.
7
Kemudian
satu
daripada
empat
makhluk
itu
memberi
tujuh
malaikat
itu
tujuh
mangkuk
emas
yang
dipenuhi
kemurkaan
Allah
yang
hidup
selama-lamanya.
8
Bait
Suci
dipenuhi
asap
daripada
kemuliaan
Allah
dan
kuasa-Nya
dan
tiada
siapa
dapat
memasukinya
hingga
tujuh
wabak
yang
dibawa
oleh
tujuh
malaikat
itu
selesai.