1 Puteri-puteri Yerusalem Ke mana perginya kekasihmu, wahai yang tercantik di antara perempuan? Katakan ke manakah kekasihmu pergi, agar kami dapat mencarinya bersama-samamu?
2 Mempelai perempuan Kekasihku turun ke tamannya, ke permatang rempah-ratusnya, untuk menggembala domba di taman dan memetik bunga-bunga bakung.
3 Aku milik kekasihku, dan kekasihku milikku. Dia menggembala domba di antara bunga bakung.
4 Mempelai laki-laki Sayangku, engkau cantik seperti Tirza, lawa seperti Yerusalem, hebat seperti tentera yang membawa panji-panji.
5 Alihkanlah matamu daripadaku, kerana aku tenggelam lemas dibuatnya. Rambutmu bak kawanan kambing yang melompat turun dari Gilead.
6 Gigimu bak kawanan domba betina yang baru naik dari tempat pembasuhan, semuanya beranak kembar; tiada satu pun di antaranya yang kehilangan anak.
7 Pelipismu bagaikan buah delima merekah di balik tudungmu.
8 Ada enam puluh orang permaisuri, dan lapan puluh orang gundik, dan tidak terhingga ramainya perawan.
9 Tetapi dialah satu-satunya merpatiku, kekasihku yang sempurna, dialah satu-satunya anak ibunya, anak kesayangan orang yang melahirkannya. Para puteri melihatnya dan menyebutnya berbahagia, para permaisuri dan para gundik pun memujinya,
10 Puteri-puteri Yerusalem “Siapakah si dia yang menjenguk bagaikan fajar, cantik bagaikan bulan purnama, terang bagaikan matahari, dan hebat lagi menaikkan semangat seperti tentera pembawa panji-panji?”
11 Sang kekasih kepada mempelai perempuan Aku turun ke dusun kacang untuk melihat kehijauan pepohon di lembah, untuk melihat sama ada pokok anggur sudah bertunas dan sama ada pokok-pokok delima sudah berbunga.
12 Di bawah sedarku, angan-anganku membawa aku mengenderai rata-rata kaum bangsawan.
13 Puteri-puteri Yerusalem Kembalilah, kembalilah, wahai gadis Sulam! Kembalilah, kembalilah, supaya kami dapat melihatmu. Mempelai laki-laki Mengapa perlu kamu melihat si gadis Sulam itu seperti melihat tari-tarian Mahanaim?