1 “Efraim menjadikan angin makanannya dan mengejar angin timur sepanjang hari. Mereka melipatgandakan kebohongan dan kemusnahan, mereka mengikat perjanjian dengan Asyur dan membawa minyak ke Mesir.”
2 TUHAN berperkara dengan Yehuda. Dia akan menghukum bani Yakub setimpal dengan perilaku mereka, dan membalas mereka selaras dengan segala perbuatan mereka.
3 Semasa di dalam kandungan, Yakub memegang tumit saudaranya, dan dalam keperkasaannya dia bergelut dengan Allah.
4 Dia bergelut dengan malaikat dan menang, lalu dia menangis dan memohon belas kasihan-Nya. Dia bertemu dengan Dia di Betel dan di sanalah Dia berfirman kepada kita –
5 TUHAN, Allah alam semesta. TUHAN, itulah nama-Nya –
6 “Engkau harus kembali kepada Allahmu. Berpegang teguhlah pada kasih dan keadilan, dan sentiasa tunggulah Allahmu.”
7 Dia seorang pedagang, di tangannya ada neraca tipu daya. Dia suka menindas.
8 Efraim berkata, “Sungguh, aku telah menjadi kaya. Aku telah memperoleh harta. Dalam segala jerih lelahku tidak akan didapati padaku kesalahan yang disebut dosa.”
9 “Tetapi Akulah TUHAN, Allahmu, sejak di Tanah Mesir. Aku akan membuat kamu tinggal di dalam khemah lagi seperti pada hari perayaan yang ditetapkan.
10 Aku berfirman kepada para nabi, memberi mereka banyak penglihatan, dan dengan perantaraan para nabi itu Kugunakan ibarat.
11 Jika ada kejahatan di Gilead, maka kesemuanya pasti menjadi sia-sia. Di Gilgal mereka mengorbankan lembu-lembu jantan, maka mazbah-mazbah berhala mereka pun menjadi seperti timbunan batu di alur-alur ladang.”
12 Yakub melarikan diri ke daerah Aram. Di sana Israel menghambakan diri untuk mendapat isteri, ya, untuk mendapat isteri dia menjadi gembala.
13 Lalu dengan perantaraan seorang nabi, TUHAN membawa Israel keluar dari Mesir, dengan perantaraan seorang nabi dia terpelihara.
14 Efraim telah membangkitkan murka-Nya secara getir, sebab itu Tuhannya akan menanggungkan darahnya atas dirinya sendiri dan memberikan balasan terhadap perbuatan celanya.

Studi Alkitab lengkap, silahkan lihat Alkitab SABDA :: Hosea 12
Studi Alkitab mobile, silahkan lihat Alkitab Mobi :: Hosea 12

Download Aplikasi Alkitab Karaoke (BETA) Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.sabda.alkitabkaraoke
Kunjungi Alkitab Audio Diglot:
AYT - KJV