1 Inilah daftar salasilah keluarga Adam. Pada waktu penciptaan makhluk manusia, Allah menjadikannya menurut rupa Allah.
2 Dia menciptakan lelaki dan perempuan, lalu Dia memberkati mereka dan menamai mereka “manusia.”
3 Setelah Adam hidup 130 tahun, lahirlah baginya seorang anak lelaki menurut rupa dan gambarannya. Dia menamai anak itu Set.
4 Selepas kelahiran Set, Adam hidup 800 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki serta perempuan yang lain.
5 Setelah mencapai usia 930 tahun, Adam pun meninggal.
6 Setelah Set hidup 105 tahun, lahirlah baginya Enos.
7 Selepas kelahiran Enos, Set hidup 807 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki serta perempuan yang lain.
8 Setelah mencapai usia 912 tahun, Set pun meninggal.
9 Setelah Enos hidup 90 tahun, lahirlah baginya Kenan.
10 Selepas kelahiran Kenan, Enos hidup 815 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki serta perempuan yang lain.
11 Setelah mencapai usia 905 tahun, Enos pun meninggal.
12 Setelah Kenan hidup 70 tahun, lahirlah baginya Mahalaleel.
13 Selepas kelahiran Mahalaleel, Kenan hidup 840 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki dan perempuan yang lain.
14 Setelah mencapai usia 910 tahun, Kenan pun meninggal.
15 Setelah Mahalaleel hidup 65 tahun, lahirlah baginya Yared.
16 Selepas kelahiran Yared, Mahalaleel hidup 830 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki serta perempuan yang lain.
17 Setelah mencapai usia 895 tahun, Mahalaleel pun meninggal.
18 Setelah Yared hidup 162 tahun, lahirlah baginya Henokh.
19 Selepas kelahiran Henokh, Yared hidup 800 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki serta perempuan yang lain.
20 Setelah Yared mencapai usia 962 tahun, dia pun meninggal.
21 Setelah Henokh hidup 65 tahun, lahirlah baginya Metusalah.
22 Selepas kelahiran Metusalah, Henokh hidup akrab dengan Allah selama 300 tahun dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki serta perempuan yang lain.
23 Jadi, Henokh hidup selama 365 tahun.
24 Henokh hidup akrab dengan Allah dan sesudah itu ghaiblah Henokh kerana Allah membawanya pergi.
25 Setelah Metusalah hidup 187 tahun, lahirlah baginya Lamekh.
26 Selepas kelahiran Lamekh, Metusalah hidup 782 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki serta perempuan yang lain.
27 Setelah Metusalah mencapai usia 969, dia pun meninggal.
28 Setelah Lamekh hidup 182 tahun, lahirlah baginya seorang anak lelaki.
29 Dia menamainya Nuh, katanya, “Anak ini akan membawa keselesaan selepas kita bekerja berpenat lelah di tanah yang telah TUHAN kutuk.”
30 Selepas kelahiran Nuh, Lamekh hidup 595 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki serta perempuan yang lain.
31 Setelah Lamekh mencapai usia 777 tahun, dia pun meninggal.
32 Setelah Nuh berusia 500 tahun, lahirlah baginya Sem, Ham, dan Yafet.