1 Inilah keturunan anak-anak Nuh, iaitu Sem, Ham, dan Yafet. Kepada mereka, lahirlah anak-anak lelaki selepas banjir besar itu.
2 Keturunan Yafet ialah Gomer, Majuj, Madai, Yawan, Tubal, Mesekh, dan Tiras.
3 Keturunan Gomer: Askenas, Rifat, dan Togarma.
4 Keturunan Yawan: Elisa, Tarsis, Kitim, dan Rodanim.
5 Daripada mereka inilah tersebar bangsa-bangsa daerah pesisir. Mereka hidup di tanah mereka sendiri, masing-masing dengan bahasa, kaum keluarga dan bangsa mereka.
6 Keturunan Ham ialah Kush, Misraim, Put, dan Kanaan.
7 Keturunan Kush ialah Seba, Hawila, Sabta, Raema, dan Sabtekha. Anak-anak Raema ialah Syeba dan Dedan.
8 Kush beranakkan seorang anak lelaki bernama Nimrod; dia menjadi orang perkasa pertama di bumi.
9 Dia seorang pemburu yang perkasa di hadapan TUHAN. Itulah sebabnya dikatakan orang, “Seperti Nimrod, seorang pemburu yang perkasa di hadapan TUHAN.”
10 Wilayah utama kerajaannya terdiri daripada Babel, Erekh, Akad, dan Kalne, yang kesemuanya terletak di Tanah Sinear.
11 Dari situ dia pergi ke Asyur, lalu membina Niniwe, Rehobot-Ir, Kalah,
12 dan Resen yang terletak di antara Niniwe dengan Kalah; iaitu kota raya yang besar.
13 Misraim beranakkan Ludim, Anamim, Lehabim, Naftuhim,
14 Patrusim, Kasluhim (yang merupakan susur galur orang Filistin), dan Kaftorim.
15 Kanaan beranakkan Sidon, anak sulungnya, dan Het.
16 Keturunan Kanaan yang lain ialah orang Yebusi, orang Amori, orang Girgasi,
17 orang Hewi, orang Arki, orang Sini,
18 orang Arwadi, orang Semari, dan orang Hamati. Kemudian tersebarlah kaum-kaum orang Kanaan itu.
19 Daerah orang Kanaan terbentang dari Sidon ke arah Gerar sampai ke Gaza, kemudian ke arah Sodom, Gomora, Adma, dan Zeboim, sampai ke Lasa.
20 Itulah keturunan Ham menurut kaum mereka, bahasa mereka, negeri mereka dan bangsa mereka.
21 Lahirlah pula anak-anak bagi Sem, iaitu abang kepada Yafet, bapa leluhur seluruh bani Eber.
22 Keturunan Sem: Elam, Asyur, Arpakhsad, Lud, dan Aram.
23 Keturunan Aram: Us, Hul, Geter, dan Mas.
24 Arpakhsad beranakkan Selah, dan Selah beranakkan Eber.
25 Eber dikurniai dua orang anak lelaki. Nama yang seorang ialah Peleg, kerana pada zamannya bumi terbagi, dan nama adiknya ialah Yoktan.
26 Yoktan beranakkan Almodad, Selef, Hazar-Mawet, Yerah,
27 Hadoram, Uzal, Dikla,
28 Obal, Abimael, Syeba,
29 Ofir, Hawila, dan Yobab. Semua ini keturunan Yoktan.
30 Tempat kediaman mereka terbentang dari Mesa ke arah Sefar, iaitu pergunungan di sebelah timur.
31 Itulah keturunan Sem menurut kaum mereka, bahasa mereka, negeri mereka, dan bangsa mereka.
32 Maka itulah susur galur kaum keluarga anak-anak Nuh menurut salasilah keturunan mereka dan bangsa mereka. Daripada mereka inilah bangsa-bangsa tersebar di bumi ini selepas banjir besar itu.