1 Tebarkan rotimu ke air kerana beberapa waktu kelak kamu akan memperolehnya semula.
2 Berikanlah bahagian kepada tujuh atau hingga lapan orang, kerana kamu tidak mengetahui bencana apa yang bakal terjadi di bumi ini.
3 Kumpulan awan yang sarat berisi hujan akan mencurahkan kesemuanya ke atas bumi; dan pohon yang tumbang ke selatan atau ke utara akan tetap di tempat tumbangnya.
4 Sesiapa yang sentiasa memperhatikan angin tidak akan menabur; dan sesiapa yang sentiasa melihat awan tidak akan menuai.
5 Sebagaimana kamu tidak mengetahui cara dan laluan angin dan pembentukan tulang-temulang di dalam rahim wanita yang mengandung, demikian jugalah kamu tidak mengetahui pekerjaan Allah yang menjadikan segala sesuatu.
6 Pada pagi hari taburlah benihmu, dan pada kala petang, usah rehatkan tanganmu, kerana kamu tidak mengetahui yang mana satu akan berhasil, atau kedua-duanya sama baik.
7 Cahaya itu manis dan melihat matahari itu menyenangkan bagi mata;
8 Maka biarlah orang yang panjang usia bersukacita dengan tahun-tahun kehidupannya. Namun demikian, dia perlu ingat bahawa akan ada banyak juga hari kegelapan dan segala yang mendatang ialah kesia-siaan.
9 Bersuka rialah, wahai pemuda ketika kamu remaja dan senangkanlah hatimu ketika kamu muda. Turutilah hasrat hatimu dan pandangan matamu, tetapi ketahuilah bahawa segalanya akan diadili Allah.
10 Buang kesedihan daripada hatimu dan singkirkan kejahatan daripada tubuhmu kerana zaman kanak-kanak, zaman muda dan puncak kehidupanmu hanya kesia-siaan.

Studi Alkitab lengkap, silahkan lihat Alkitab SABDA :: Pengkhotbah 11
Studi Alkitab mobile, silahkan lihat Alkitab Mobi :: Pengkhotbah 11

Download Aplikasi Alkitab Karaoke (BETA) Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.sabda.alkitabkaraoke
Kunjungi Alkitab Audio Diglot:
AYT - KJV