1 Pada hari Musa selesai mendirikan Khemah Suci dan mengurapi serta menyucikan Khemah itu berserta segala kelengkapannya dan begitu jugalah diurapi dan ditakdiskannya mazbah berserta segala kelengkapannya,
2 para pemimpin Israel, iaitu ketua suku kaum mereka, membawa persembahan masing-masing. Mereka pemimpin suku kaum yang mengepalai mereka yang dibanci itu.
3 Mereka membawa ke hadirat TUHAN persembahan berupa enam buah gerabak yang beratap dan dua belas ekor lembu – sebuah gerabak daripada dua orang pemimpin dan seekor lembu daripada setiap pemimpin. Semua itu dipersembahkan mereka di depan Khemah Suci.
4 Berfirmanlah TUHAN kepada Musa,
5 “Terimalah semua itu daripada mereka, supaya dapat digunakan bagi pekerjaan di Khemah Pertemuan. Serahkanlah semuanya kepada bani Lewi selaras dengan pekerjaan masing-masing.”
6 Maka Musa menerima kesemua gerabak dan lembu itu lalu menyerahkannya kepada bani Lewi.
7 Dua buah gerabak dan empat ekor lembu diserahkannya kepada bani Gerson selaras dengan pekerjaan mereka,
8 sedangkan empat buah gerabak dan lapan ekor lembu yang lain diserahkannya kepada bani Merari selaras dengan pekerjaan mereka di bawah pimpinan Itamar, anak Imam Harun.
9 Akan tetapi, Musa tidak menyerahkan apa-apa pun kepada bani Kehat kerana pekerjaan mereka adalah untuk menguruskan barang-barang suci yang harus diusung mereka di atas bahu.
10 Para pemimpin itu juga membawa persembahan untuk pentahbisan mazbah pada hari mazbah itu diurapi lalu segala persembahan itu dibawa mereka ke hadapan mazbah.
11 TUHAN berfirman kepada Musa, “Setiap hari, hendaklah seorang pemimpin membawa persembahannya untuk pentahbisan mazbah itu.”
12 Orang yang membawa persembahannya pada hari pertama ialah Nahason anak Aminadab daripada suku Yehuda.
13 Persembahannya berupa sebuah pinggan perak seberat seratus tiga puluh syikal dan sebuah bejana perak seberat tujuh puluh syikal menurut syikal rasmi Khemah Suci (kedua-duanya berisi tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun untuk persembahan bahan makanan),
14 sebuah perbaraan emas seberat sepuluh syikal berisi dupa,
15 seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, seekor anak domba jantan berumur setahun untuk korban bakaran,
16 dan seekor kambing jantan untuk korban penghapus dosa.
17 Manakala untuk korban kedamaian ialah dua ekor lembu, lima ekor domba jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak domba jantan berumur setahun. Itulah persembahan Nahason anak Aminadab.
18 Pada hari kedua giliran Netaneel anak Zuar, pemimpin Isakhar pula membawa persembahan.
19 Sebagai persembahannya dibawanya sebuah pinggan perak seberat seratus tiga puluh syikal dan sebuah bejana perak seberat tujuh puluh syikal menurut syikal rasmi Khemah Suci (kedua-duanya berisi tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun untuk persembahan bahan makanan),
20 sebuah perbaraan emas seberat sepuluh syikal berisi dupa,
21 seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, seekor anak domba jantan berumur setahun untuk korban bakaran,
22 dan seekor kambing jantan untuk korban penghapus dosa.
23 Manakala untuk korban kedamaian ialah dua ekor lembu, lima ekor domba jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak domba jantan berumur setahun. Itulah persembahan Netaneel anak Zuar.
24 Hari ketiga giliran Eliab anak Helon, pemimpin bani Zebulon.
25 Persembahannya berupa sebuah pinggan perak seberat seratus tiga puluh syikal dan sebuah bejana perak seberat tujuh puluh syikal menurut syikal rasmi Khemah Suci (kedua-duanya berisi tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun untuk persembahan bahan makanan),
26 sebuah perbaraan emas seberat sepuluh syikal berisi dupa,
27 seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, seekor anak domba jantan berumur setahun untuk korban bakaran,
28 dan seekor kambing jantan untuk korban penghapus dosa.
29 Manakala untuk korban kedamaian ialah dua ekor lembu, lima ekor domba jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak domba jantan berumur setahun. Itulah persembahan Eliab anak Helon.
30 Hari keempat giliran Elizur anak Syedeur, pemimpin bani Ruben.
31 Persembahannya berupa sebuah pinggan perak seberat seratus tiga puluh syikal dan sebuah bejana perak seberat tujuh puluh syikal menurut syikal rasmi Khemah Suci (kedua-duanya berisi tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun untuk persembahan bahan makanan),
32 sebuah perbaraan emas seberat sepuluh syikal berisi dupa,
33 seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, dan seekor anak domba jantan berumur setahun untuk korban bakaran,
34 dan seekor kambing jantan untuk korban penghapus dosa.
35 Manakala untuk korban kedamaian ialah dua ekor lembu, lima ekor domba jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak domba jantan berumur setahun. Itulah persembahan Elizur anak Syedeur.
36 Hari kelima giliran Selumiel anak Zurisyadai, pemimpin bani Simeon.
37 Persembahannya berupa sebuah pinggan perak seberat seratus tiga puluh syikal dan sebuah bejana perak seberat tujuh puluh syikal menurut syikal rasmi Khemah Suci (kedua-duanya berisi tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun untuk persembahan bahan makanan),
38 sebuah perbaraan emas seberat sepuluh syikal berisi dupa,
39 seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, seekor anak domba jantan berumur setahun untuk korban bakaran,
40 dan seekor kambing jantan untuk korban penghapus dosa.
41 Manakala untuk korban kedamaian ialah dua ekor lembu, lima ekor domba jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak domba jantan berumur setahun. Itulah persembahan Selumiel anak Zurisyadai.
42 Hari keenam giliran Elyasaf anak Rehuel, pemimpin bani Gad.
43 Persembahannya berupa sebuah pinggan perak seberat seratus tiga puluh syikal dan sebuah bejana perak seberat tujuh puluh syikal menurut syikal rasmi Khemah Suci (kedua-duanya berisi tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun untuk persembahan bahan makanan),
44 sebuah perbaraan emas seberat sepuluh syikal berisi dupa,
45 seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, seekor anak domba jantan berumur setahun untuk korban bakaran,
46 dan seekor kambing jantan untuk korban penghapus dosa.
47 Manakala untuk korban kedamaian ialah dua ekor lembu, lima ekor domba jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak domba jantan berumur setahun. Itulah persembahan Elyasaf anak Rehuel.
48 Hari ketujuh giliran Elisama anak Amihud, pemimpin bani Efraim.
49 Persembahannya berupa sebuah pinggan perak seberat seratus tiga puluh syikal dan sebuah bejana perak seberat tujuh puluh syikal menurut syikal rasmi Khemah Suci (kedua-duanya berisi tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun untuk persembahan bahan makanan),
50 sebuah perbaraan emas seberat sepuluh syikal berisi dupa,
51 seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, seekor anak domba jantan berumur setahun untuk korban bakaran,
52 dan seekor kambing jantan untuk korban penghapus dosa.
53 Manakala untuk korban kedamaian ialah dua ekor lembu, lima ekor domba jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak domba jantan berumur setahun. Itulah persembahan Elisama anak Amihud.
54 Hari kelapan giliran Gamaliel anak Pedazur, pemimpin bani Manasye.
55 Persembahannya berupa sebuah pinggan perak seberat seratus tiga puluh syikal dan sebuah bejana perak seberat tujuh puluh syikal menurut syikal rasmi Khemah Suci (kedua-duanya berisi tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun untuk persembahan bahan makanan),
56 sebuah perbaraan emas seberat sepuluh syikal berisi dupa,
57 seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, seekor anak domba jantan berumur setahun untuk korban bakaran,
58 dan seekor kambing jantan untuk korban penghapus dosa.
59 Manakala untuk korban kedamaian ialah dua ekor lembu, lima ekor domba jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak domba jantan berumur setahun. Itulah persembahan Gamaliel anak Pedazur.
60 Hari kesembilan giliran Abidan anak Gideoni, pemimpin bani Benyamin.
61 Persembahannya berupa sebuah pinggan perak seberat seratus tiga puluh syikal dan sebuah bejana perak seberat tujuh puluh syikal menurut syikal rasmi Khemah Suci (kedua-duanya berisi tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun untuk persembahan bahan makanan),
62 sebuah perbaraan emas seberat sepuluh syikal berisi dupa,
63 seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, seekor anak domba jantan berumur setahun untuk korban bakaran,
64 dan seekor kambing jantan untuk korban penghapus dosa.
65 Manakala untuk korban kedamaian ialah dua ekor lembu, lima ekor domba jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak domba jantan berumur setahun. Itulah persembahan Abidan anak Gideoni.
66 Hari kesepuluh giliran Ahiezer anak Amisyadai, pemimpin bani Dan.
67 Persembahannya berupa sebuah pinggan perak seberat seratus tiga puluh syikal dan sebuah bejana perak seberat tujuh puluh syikal menurut syikal rasmi Khemah Suci (kedua-duanya berisi tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun untuk persembahan bahan makanan),
68 sebuah perbaraan emas seberat sepuluh syikal berisi dupa,
69 seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, seekor anak domba jantan berumur setahun untuk korban bakaran,
70 dan seekor kambing jantan untuk korban penghapus dosa.
71 Manakala untuk korban kedamaian ialah dua ekor lembu, lima ekor domba jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak domba jantan berumur setahun. Itulah persembahan Ahiezer anak Amisyadai.
72 Hari kesebelas giliran Pagiel anak Okhran, pemimpin bani Asyer.
73 Persembahannya berupa sebuah pinggan perak seberat seratus tiga puluh syikal dan sebuah bejana perak seberat tujuh puluh syikal menurut syikal rasmi Khemah Suci (kedua-duanya berisi tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun untuk persembahan bahan makanan),
74 sebuah perbaraan emas seberat sepuluh syikal berisi dupa,
75 seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, seekor anak domba jantan berumur setahun untuk korban bakaran,
76 dan seekor kambing jantan untuk korban penghapus dosa.
77 Manakala untuk korban kedamaian ialah dua ekor lembu, lima ekor domba jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak domba jantan berumur setahun. Itulah persembahan Pagiel anak Okhran.
78 Hari kedua belas giliran Ahira anak Enan, pemimpin bani Naftali.
79 Persembahannya berupa sebuah pinggan perak seberat seratus tiga puluh syikal dan sebuah bejana perak seberat tujuh puluh syikal menurut syikal rasmi Khemah Suci (kedua-duanya berisi tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun untuk persembahan bahan makanan),
80 sebuah perbaraan emas seberat sepuluh syikal berisi dupa,
81 seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, seekor anak domba jantan berumur setahun untuk korban bakaran,
82 dan seekor kambing jantan untuk korban penghapus dosa.
83 Manakala untuk korban kedamaian ialah dua ekor lembu, lima ekor domba jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak domba jantan berumur setahun. Itulah persembahan Ahira anak Enan.
84 Itulah persembahan daripada para pemimpin Israel untuk pentahbisan mazbah ketika mazbah itu diurapi. Persembahan mereka berupa dua belas buah pinggan perak, dua belas buah bejana perak, dua belas perbaraan emas.
85 Beratnya pinggan perak 130 syikal dan masing-masing bejana 70 syikal beratnya. Seluruh kelengkapan perak itu 2,400 syikal beratnya, menurut syikal rasmi Khemah Suci.
86 Yang 12 buah perbaraan emas berisi dupa itu masing-masing 10 syikal beratnya, menurut syikal rasmi Khemah Suci. Jadi, seluruh emas perbaraan itu 120 syikal beratnya.
87 Jumlah segala ternak untuk korban bakaran ialah 12 ekor lembu jantan, 12 ekor domba jantan, dan 12 ekor anak domba jantan berumur setahun, dengan persembahan bahan makanannya. Jumlah kambing jantan untuk korban penghapus dosa ialah 12 ekor.
88 Kemudian jumlah segala ternak untuk korban kedamaian ialah 24 ekor lembu jantan, 60 ekor domba jantan, 60 ekor kambing jantan, dan 60 ekor anak domba jantan berumur setahun. Itulah persembahan untuk pentahbisan mazbah, sesudah mazbah itu diurapi.
89 Apabila Musa masuk ke dalam Khemah Pertemuan untuk berbicara dengan TUHAN, dia mendengar suara yang berfirman kepadanya dari sebelah atas penutup pendamaian yang di atas tabut loh hukum dan di antara kedua-dua arca kerubin itu lalu Dia berfirman kepadanya sedemikian.