1 Inilah peringkat perjalanan orang Israel, pasukan demi pasukan, setelah mereka keluar dari Tanah Mesir di bawah pimpinan Musa dan Harun.
2 Musa menuliskan titik permulaan perjalanan mereka menurut peringkat berdasarkan perintah TUHAN. Inilah peringkat perjalanan mereka.
3 Mereka berangkat dari Rameses dalam bulan pertama. Pada hari kelima belas pada bulan itu, sehari sesudah Perayaan Paskah, orang Israel berjalan keluar dengan semangat tinggi di hadapan mata semua orang Mesir.
4 Pada waktu itu, orang Mesir sedang menguburkan semua anak sulung yang ditewaskan TUHAN dalam kalangan mereka. Bahkan atas tuhan mereka pun TUHAN menjatuhkan hukuman.
5 Orang Israel berangkat dari Rameses, lalu berkhemah di Sukot.
6 Setelah itu mereka berangkat dari Sukot, lalu berkhemah di Etam, di tepi gurun.
7 Dari Etam mereka berangkat, lalu kembali ke Pi-Hahirot yang berseberangan dengan Baal-Zefon. Di sana mereka berkhemah, berhadapan dengan Migdol.
8 Dari Pi-Hahirot mereka berangkat, lalu melintas di tengah laut menuju gurun. Kemudian mereka berjalan sejauh tiga hari perjalanan di Gurun Etam dan berkhemah di Mara.
9 Dari Mara mereka berangkat dan tiba di Elim. Di Elim ada dua belas mata air dan tujuh puluh pokok kurma. Mereka pun berkhemah di sana.
10 Dari Elim mereka berangkat, lalu berkhemah di tepi Laut Merah.
11 Dari Laut Merah mereka berangkat, lalu berkhemah di Gurun Sin.
12 Selanjutnya dari Gurun Sin mereka berangkat lalu berkhemah di Dofka,
13 dan dari Dofka mereka berangkat lalu berkhemah di Alus.
14 Dari Alus mereka berangkat lagi, lalu berkhemah di Rafidim. Di sana tidak ada air untuk diminum oleh bangsa itu,
15 maka berangkatlah mereka dari Rafidim lalu berkhemah di Gurun Sinai.
16 Dari Gurun Sinai mereka berangkat, lalu berkhemah di Kibrot-Taawa.
17 Dari Kibrot-Taawa mereka berangkat lagi, lalu berkhemah di Hazerot.
18 Dari Hazerot mereka berangkat, lalu berkhemah di Ritma.
19 Dari Ritma mereka berangkat, lalu berkhemah di Rimon-Peros.
20 Dari Rimon-Peros mereka berangkat, lalu berkhemah di Libna.
21 Dari Libna mereka berangkat, lalu berkhemah di Risa.
22 Dari Risa mereka berangkat, lalu berkhemah di Kehelata.
23 Dari Kehelata mereka berangkat, lalu berkhemah di Gunung Syafer.
24 Dari Gunung Syafer mereka berangkat, lalu berkhemah di Harada.
25 Dari Harada mereka berangkat, lalu berkhemah di Makhelot.
26 Dari Makhelot mereka berangkat, lalu berkhemah di Tahat.
27 Dari Tahat mereka berangkat, lalu berkhemah di Tarah.
28 Dari Tarah mereka berangkat, lalu berkhemah di Mitka.
29 Dari Mitka mereka berangkat, lalu berkhemah di Hasmona.
30 Dari Hasmona mereka berangkat, lalu berkhemah di Moserot.
31 Dari Moserot mereka berangkat, lalu berkhemah di Bene-Yaakan.
32 Dari Bene-Yaakan mereka berangkat, lalu berkhemah di Hor-Gidgad.
33 Dari Hor-Gidgad mereka berangkat, lalu berkhemah di Yotbata.
34 Dari Yotbata mereka berangkat, lalu berkhemah di Abrona.
35 Dari Abrona mereka berangkat, lalu berkhemah di Ezion-Geber.
36 Dari Ezion-Geber mereka berangkat, lalu berkhemah di Gurun Zin, iaitu Kadesh.
37 Dari Kadesh mereka berangkat, lalu berkhemah di Gunung Hor, di tepi Tanah Edom.
38 Kemudian atas perintah TUHAN, Imam Harun naik ke Gunung Hor, dan dia meninggal di sana, pada tahun keempat puluh sesudah orang Israel keluar dari Tanah Mesir, tepatnya pada hari pertama bulan kelima.
39 Harun berumur seratus dua puluh tiga tahun ketika dia meninggal di Gunung Hor itu.
40 Sementara itu raja negeri Arad, bani Kanaan yang tinggal di Negeb, Tanah Kanaan, mendengar tentang kedatangan orang Israel.
41 Dari Gunung Hor mereka berangkat, lalu berkhemah di Zalmona.
42 Dari Zalmona mereka berangkat, lalu berkhemah di Funon.
43 Dari Funon mereka berangkat, lalu berkhemah di Obot.
44 Dari Obot mereka berangkat, lalu berkhemah di reruntuhan Abarim, di daerah Moab.
45 Dari reruntuhan itu mereka berangkat dari Iyim, lalu berkhemah di Dibon-Gad.
46 Dari Dibon-Gad mereka berangkat, lalu berkhemah di Almon-Diblataim.
47 Dari Almon-Diblataim mereka berangkat, lalu berkhemah di Pergunungan Abarim, di seberang Nebo.
48 Dari Pergunungan Abarim mereka berangkat, lalu berkhemah di dataran Moab, di tepi Sungai Yordan dekat Yerikho.
49 Mereka berkhemah di tepi Sungai Yordan, dari Bet-Yesimot sampai ke Abel-Sitim di dataran Moab.
50 Di tempat itu, iaitu di dataran Moab, di tepi Sungai Yordan dekat Yerikho, TUHAN berfirman kepada Musa,
51 “Berbicaralah kepada orang Israel dan katakan kepada mereka, ‘Setelah kamu menyeberangi Sungai Yordan menuju Tanah Kanaan,
52 usirlah seluruh penduduk negeri itu dari hadapanmu dan musnahkanlah segala batu berukir mereka. Musnahkanlah juga segala patung tuangan mereka dan punahkanlah segala bukit pemujaan mereka.
53 Dudukilah negeri itu dan tinggallah di sana, kerana kepadamu telah Kukurniakan negeri itu untuk kamu duduki.
54 Kemudian bahagi-bahagikanlah negeri itu menurut kaum yang ada padamu dengan cara mencabut undi. Kepada suku yang besar jumlahnya berikanlah harta pusaka yang lebih besar, manakala kepada suku yang kecil jumlahnya berikanlah harta pusaka yang lebih kecil. Di mana pun undi itu jatuh bagi mereka, di situlah bahagian mereka. Hendaklah kamu mendapat harta pusaka menurut suku-suku bapa leluhurmu.
55 Akan tetapi, jika kamu tidak mengusir penduduk tempatan negeri itu dari hadapanmu, maka orang yang kamu tinggalkan hidup daripada kalangan mereka akan menjadi seperti onak di matamu dan duri di rusuk kamu. Mereka akan menyusahkan kamu di negeri yang kamu diami.
56 Jika demikian, Aku akan melakukan rancangan terhadap mereka seperti yang Kurancangkan terhadap kamu.’ ”

Studi Alkitab lengkap, silahkan lihat Alkitab SABDA :: Bilangan 33
Studi Alkitab mobile, silahkan lihat Alkitab Mobi :: Bilangan 33

Download Aplikasi Alkitab Karaoke (BETA) Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.sabda.alkitabkaraoke
Kunjungi Alkitab Audio Diglot:
AYT - KJV