1 Pada hari pertama pada bulan ketujuh adakanlah perhimpunan jemaah yang suci, dan janganlah lakukan apa-apa kerja biasa. Itulah hari apabila hendaklah kamu meniup nafiri.
2 Persembahkanlah korban bakaran, iaitu korban yang keharumannya diredai TUHAN, berupa seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, dan tujuh ekor anak domba jantan berumur setahun yang tidak bercacat cela.
3 Bagi persembahan bahan makanan persembahkanlah tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun sebanyak tiga persepuluh efa untuk lembu jantan, dua persepuluh efa untuk domba jantan,
4 dan sepersepuluh efa untuk setiap anak domba yang tujuh ekor itu.
5 Persembahkanlah juga seekor kambing jantan sebagai korban penghapus dosa untuk mengadakan pendamaian bagimu.
6 Semua itu sebagai tambahan bagi korban bakaran bulan baru dengan persembahan bahan makanannya, dan korban bakaran yang tetap dengan persembahan bahan makanan serta persembahan minumannya menurut peraturan yang berkuat kuasa, iaitu korban yang dibakar, yang keharumannya diredai TUHAN.
7 Pada hari kesepuluh pada bulan ketujuh ini juga, adakanlah pula perhimpunan jemaah yang suci. Rendahkanlah dirimu dengan berpantang, dan jangan lakukan apa-apa pekerjaan pun.
8 Persembahkanlah korban bakaran yang keharumannya diredai TUHAN, iaitu seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, dan tujuh ekor anak domba jantan berumur setahun. Semuanya hendaklah tidak bercacat cela.
9 Bagi persembahan bahan makanan persembahkanlah tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun sebanyak tiga persepuluh efa untuk lembu jantan itu, dua persepuluh efa untuk domba jantan yang seekor itu,
10 dan sepersepuluh efa untuk setiap anak domba yang tujuh ekor itu.
11 Persembahkanlah juga seekor kambing jantan sebagai korban penghapus dosa, selain korban penghapus dosa untuk mengadakan pendamaian dan korban bakaran yang tetap dengan persembahan bahan makanan serta persembahan minumannya.
12 Pada hari kelima belas pada bulan ketujuh juga, adakanlah lagi perhimpunan jemaah yang suci, dan janganlah lakukan apa-apa pekerjaan biasa kamu. Hendaklah kamu raikan perayaan untuk TUHAN selama tujuh hari.
13 Persembahkanlah korban bakaran, iaitu korban yang dibakar yang keharumannya diredai TUHAN, berupa tiga belas ekor lembu jantan muda, dua ekor domba jantan, empat belas ekor anak domba jantan berumur setahun. Semuanya hendaklah tidak bercacat cela.
14 Bagi persembahan bahan makanan persembahkanlah tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun sebanyak tiga persepuluh efa untuk setiap lembu jantan daripada yang tiga belas ekor itu, dua persepuluh efa untuk setiap domba jantan yang dua ekor itu,
15 dan sepersepuluh efa untuk setiap anak domba yang empat belas ekor itu.
16 Persembahkanlah juga seekor kambing jantan sebagai korban penghapus dosa, selain korban bakaran yang tetap dengan persembahan bahan makanan dan persembahan minumannya.
17 Pada hari kedua, persembahkanlah dua belas ekor lembu jantan muda, dua ekor domba jantan, empat belas ekor anak domba jantan berumur setahun yang tidak bercacat cela,
18 bersama-sama persembahan bahan makanan dan persembahan minuman untuk lembu, domba, serta anak-anak domba jantan itu menurut jumlah yang selaras dengan peraturan.
19 Persembahkanlah juga seekor kambing jantan sebagai korban penghapus dosa, selain korban bakaran yang tetap dengan persembahan bahan makanan dan persembahan minumannya.
20 Pada hari ketiga, persembahkanlah sebelas ekor lembu jantan, dua ekor domba jantan, empat belas ekor anak domba jantan berumur setahun yang tidak bercacat cela,
21 berserta persembahan bahan makanan dan persembahan minuman untuk lembu, domba, dan anak-anak domba jantan itu menurut jumlah yang selaras dengan peraturan.
22 Persembahkanlah juga seekor kambing jantan sebagai korban penghapus dosa, selain korban bakaran yang tetap dengan persembahan bahan makanan dan persembahan minumannya.
23 Pada hari keempat persembahkanlah sepuluh ekor lembu jantan, dua ekor domba jantan, empat belas ekor anak domba jantan berumur setahun yang tidak bercacat cela,
24 berserta persembahan bahan makanan dan persembahan minuman untuk lembu, domba, dan anak-anak domba jantan itu menurut jumlah yang selaras dengan peraturan.
25 Persembahkanlah juga seekor kambing jantan sebagai korban penghapus dosa, selain korban bakaran yang tetap dengan persembahan bahan makanan dan persembahan minumannya.
26 Pada hari kelima persembahkanlah sembilan ekor lembu jantan, dua ekor domba jantan, empat belas ekor anak domba berumur setahun yang tidak bercacat cela,
27 berserta persembahan bahan makanan dan persembahan minuman untuk lembu, domba, dan anak-anak domba jantan itu menurut jumlah yang selaras dengan peraturan.
28 Persembahkanlah juga seekor kambing jantan sebagai korban penghapus dosa, selain korban bakaran yang tetap dengan persembahan bahan makanan dan persembahan minumannya.
29 Pada hari keenam persembahkanlah lapan ekor lembu jantan, dua ekor domba jantan, empat belas ekor anak domba jantan berumur setahun yang tidak bercacat cela,
30 berserta persembahan bahan makanan dan persembahan minuman untuk lembu, domba, dan anak-anak domba jantan itu menurut jumlah yang selaras dengan peraturan.
31 Persembahkanlah juga seekor kambing jantan sebagai korban penghapus dosa, selain korban bakaran yang tetap dengan persembahan bahan makanan dan persembahan minumannya.
32 Pada hari ketujuh persembahkanlah tujuh ekor lembu jantan, dua ekor domba jantan, empat belas ekor anak domba jantan berumur setahun yang tidak bercacat cela,
33 berserta persembahan bahan makanan dan persembahan minuman untuk lembu, domba, dan anak-anak domba jantan itu menurut jumlah yang selaras dengan peraturannya.
34 Persembahkanlah juga seekor kambing jantan sebagai korban penghapus dosa, selain korban bakaran yang tetap dengan persembahan bahan makanan dan persembahan minumannya.
35 Pada hari kelapan adakanlah perhimpunan ramai, dan jangan lakukan apa-apa kerja biasa kamu.
36 Persembahkanlah korban bakaran, iaitu korban yang dibakar yang keharumannya diredai TUHAN, berupa seekor lembu jantan, seekor domba jantan, tujuh ekor anak domba berumur setahun yang tidak bercacat cela,
37 berserta persembahan bahan makanan dan persembahan minuman untuk lembu, domba, dan anak-anak domba jantan itu menurut jumlah yang selaras dengan peraturan.
38 Persembahkanlah juga seekor kambing jantan sebagai korban penghapus dosa, selain korban bakaran yang tetap dengan persembahan bahan makanan dan persembahan minumannya.
39 Hendaklah semua itu kamu persembahkan kepada TUHAN pada hari-hari perayaan kamu sebagai korban bakaranmu, persembahan bahan makananmu, persembahan minumanmu, dan korban kedamaianmu, selain korban nazarmu dan korban sukarela kamu.’ ”
40 Musa pun menyampaikan kepada orang Israel segala sesuatu yang diperintahkan TUHAN kepadanya.

Studi Alkitab lengkap, silahkan lihat Alkitab SABDA :: Bilangan 29
Studi Alkitab mobile, silahkan lihat Alkitab Mobi :: Bilangan 29

Download Aplikasi Alkitab Karaoke (BETA) Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.sabda.alkitabkaraoke
Kunjungi Alkitab Audio Diglot:
AYT - KJV