1
Di
hadirat
Allah
dan
Kristus
Yesus
yang
akan
menghakimi
mereka
yang
hidup
dan
yang
mati,
dan
demi
kedatangan-Nya
serta
kerajaan-Nya,
aku
menyerumu:
2
Beritakanlah
firman
Allah,
bersedialah
pada
setiap
masa,
baik
masanya
sesuai
mahupun
tidak.
Tunjukkan
apa
yang
salah,
tegur
dan
nasihati
mereka
dengan
seluruh
kesabaran
dan
ajaran,
3
kerana
akan
sampai
masanya
mereka
tidak
menerima
ajaran
yang
benar,
tetapi
mengumpulkan
ramai
guru
mengikut
kehendak
mereka
sendiri
untuk
mengajar
apa
yang
ingin
didengar
oleh
mereka.
4
Mereka
enggan
mendengar
ajaran
yang
benar
tetapi
menumpukan
perhatian
kepada
cerita-cerita
dongeng.
5
Tetapi
kamu,
berwaspadalah
dalam
segala
hal,
tabah
menanggung
kesusahan,
jalankan
kerja
menyebarkan
Injil
dan
laksanakan
tugas
yang
diamanahkan
kepadamu
dengan
sempurna.
6
Tentang
diriku,
kini
aku
laksana
minuman
yang
sedang
dituangkan
sebagai
persembahan
kepada
Allah,
dan
sudah
hampir
masanya
aku
pergi
menghadap-Nya.
7
Aku
telah
berjuang
dalam
perjuangan
mulia
ini,
aku
telah
sampai
ke
garis
akhir,
aku
telah
setia
dalam
iman.
8
Sekarang
mahkota
perbenaran
telah
disediakan
untukku.
Tuhan,
Hakim
yang
adil
itu,
akan
mengurniakannya
kepadaku
pada
Hari
itu,
bukan
kepadaku
sahaja,
tetapi
kepada
semua
orang
yang
merindu
kedatangan-Nya.
9
Berusahalah
untuk
mengunjungiku
dengan
segera.
10
Demas
telah
meninggalkanku
kerana
dia
mencintai
dunia
ini,
dia
telah
bertolak
ke
Tesalonika.
Kreskes
pula
telah
pergi
ke
Galatia
dan
Titus
ke
Dalmatia.
11
Hanya
Lukas
ada
bersamaku.
Dapatkan
Markus
dan
bawa
dia
denganmu,
kerana
dia
dapat
membantuku
dalam
tugasku.
12
Aku
telah
mengutus
Tikhikus
ke
Efesus.
13
Apabila
kamu
datang
kelak,
bawa
baju
jubah
yang
kutinggalkan
dengan
Karpus
di
Troas
dan
juga
kitab-kitabku,
terutamanya
gulungan
kulit.
14
Aleksander,
tukang
tembaga
itu,
telah
banyak
melakukan
kejahatan
terhadapku.
Semoga
Tuhan
membalasnya
setimpal
dengan
perbuatannya.
15
Kamu
juga
harus
waspada
dengannya,
kerana
dia
menentang
keras
perkhabaran
kita.
16
Ketika
aku
membela
diriku
pada
kali
pertama,
tiada
seorang
pun
berdiri
di
sisiku,
semuanya
meninggalkanku.
Semoga
Allah
tidak
menyalahkan
mereka
kerananya.
17
Tetapi
Tuhan
menyertaiku
dan
memberiku
kekuatan,
supaya
berita
baik
dapat
dikhabarkan
sepenuhnya
melaluiku,
dan
semua
bangsa
asing
bukan
daripada
bani
Israel
dapat
mendengarnya.
Juga
aku
telah
diselamatkan
daripada
mulut
singa.
18
Tuhan
akan
menyelamatkanku
daripada
segala
perbuatan
durjana
dan
memeliharaku
untuk
kerajaan-Nya
di
syurga.
Segala
kemuliaan
bagi-Nya
untuk
selama-lamanya.
Amin.
19
Sampaikan
salamku
kepada
Priskila
dan
Akwila,
serta
keluarga
Onesiforus.
20
Erastus
tinggal
di
Korintus,
tetapi
Trofimus
kutinggalkan
di
Miletus
kerana
dia
sakit.
21
Cubalah
sedaya
upayamu
untuk
datang
sebelum
musim
dingin.
Ebulus
berkirim
salam
kepadamu,
demikian
juga
Pudens,
Linus,
Klaudia
dan
semua
saudara
seiman
yang
lain.
22
Semoga
Tuhan
bersama
rohmu.
Semoga
kasih
kurnia
Allah
menyertaimu.