1 Pada suatu waktu Roh Allah turun ke atas Azarya anak Oded.
2 Dia pun pergi menghadap Asa dan berkata kepadanya, “Dengarlah aku, wahai Asa dan semua orang Yehuda serta orang Benyamin. TUHAN berserta dengan kamu apabila kamu berserta dengan Dia. Jika kamu mencari hadirat-Nya, Dia akan berkenan ditemukan olehmu. Tetapi jika kamu meninggalkan-Nya, Dia pun akan meninggalkan kamu.
3 Lama sekali orang Israel hidup tanpa Allah yang benar, tanpa ajaran para imam, dan tanpa hukum Taurat.
4 Namun demikian, dalam kesesakan mereka berbalik kepada TUHAN, Allah Israel. Mereka mencari hadirat-Nya dan Dia berkenan ditemukan mereka.
5 Pada masa itu, orang tidak aman keluar masuk kerana kekacauan besar melanda semua penduduk di setiap negeri.
6 Bangsa menghentam bangsa dan kota melawan kota, kerana Allah mengacaukan mereka dengan segala macam kesesakan.
7 Tetapi kamu, kuatkanlah hatimu. Jangan biarkan tanganmu menjadi lemah, kerana ada pahala bagi pekerjaanmu.”
8 Setelah Asa mendengar kata-kata dan nubuat daripada nabi Azarya anak Oded itu, dia menguatkan hatinya dan menjauhkan patung-patung berhala yang keji dari seluruh Tanah Yehuda, Benyamin, dan dari kota-kota yang direbutnya di Pergunungan Efraim. Dipugarnya mazbah TUHAN yang ada di depan serambi Bait TUHAN,
9 lalu dikumpulkannya semua orang Yehuda, orang Benyamin, dan para pendatang dari Efraim, Manasye, serta Simeon yang tinggal bersama-sama mereka, kerana ramai orang dari Israel yang membelot kepadanya ketika mereka melihat bahawa TUHAN, Allahnya, menyertai dia.
10 Mereka berkumpul di Yerusalem pada bulan ketiga, dalam tahun kelima belas zaman pemerintahan Asa.
11 Pada hari itu hasil jarahan yang dibawa pulang mereka disembelih sebagai korban untuk dipersembahkan kepada TUHAN, iaitu 700 ekor lembu dan 7,000 ekor domba.
12 Mereka mengadakan perjanjian untuk mencari hadirat TUHAN, Allah nenek moyang mereka, dengan segenap hati dan dengan segenap jiwa.
13 Sesiapa pun yang tidak mahu mencari hadirat TUHAN, Allah Israel, harus dihukum mati, baik kecil mahupun besar, baik lelaki mahupun perempuan.
14 Mereka bersumpah setia kepada TUHAN dengan suara yang nyaring, dengan sorak-sorai, dan dengan bunyi nafiri serta sangkakala.
15 Semua orang Yehuda bersukacita atas sumpah itu, kerana dengan segenap hati mereka telah bersumpah setia dan dengan keinginan yang bulat mereka mencari hadirat-Nya. TUHAN berkenan untuk ditemukan mereka dan Dia mengurniakan ketenteraman kepada mereka di segala penjuru.
16 Raja Asa bahkan memecat Maakha, neneknya, daripada kedudukan bonda permaisuri, kerana Maakha membuat patung kekejian bagi Asyera. Asa menebang patung keji itu, menumbuknya, dan membakarnya di Lembah Kidron.
17 Memang bukit-bukit pemujaan tidak disingkirkannya dari antara orang Israel, tetapi hati Asa tulus seumur hidupnya.
18 Dia membawa ke dalam Rumah Allah persembahan suci ayahnya dan persembahan dirinya sendiri, iaitu perak, emas, dan berbagai-bagai kelengkapan.
19 Tidak ada peperangan sampai tahun ketiga puluh lima zaman pemerintahan Asa.

Studi Alkitab lengkap, silahkan lihat Alkitab SABDA :: 2 Tawarikh 15
Studi Alkitab mobile, silahkan lihat Alkitab Mobi :: 2 Tawarikh 15

Download Aplikasi Alkitab Karaoke (BETA) Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.sabda.alkitabkaraoke
Kunjungi Alkitab Audio Diglot:
AYT - KJV