1 Daud dan para panglima tentera mengkhususkan beberapa orang daripada anak-anak Asaf, anak-anak Heman, dan anak-anak Yedutun untuk ibadat. Mereka harus bernubuat dengan iringan kecapi, gambus, dan ceracap. Inilah daftar orang yang bekerja dalam ibadat itu.
2 Daripada anak-anak Asaf: Zakur, Yusuf, Netanya, dan Asarela. Anak-anak Asaf berada di bawah pimpinan Asaf, yang bernubuat di bawah pengarahan raja.
3 Daripada Yedutun, anak-anaknya: Gedalya, Zeri, Yesaya, Simei, Hasabya, dan Matica – enam orang, di bawah pimpinan ayah mereka, iaitu Yedutun, yang bernubuat dengan iringan kecapi untuk mengucap syukur dan memuji TUHAN.
4 Daripada Heman, anak-anaknya: Bukia, Matanya, Uziel, Sebuel, Yerimot, Hananya, Hanani, Eliata, Gidalti, Romamti-Ezer, Yosbekasa, Maloti, Hotir, dan Mahaziot.
5 Itulah kesemua anak Heman, pelihat raja, selaras dengan janji Allah untuk memberinya kehormatan. Allah mengurniai Heman empat belas orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan.
6 Mereka semua berada di bawah pimpinan ayah mereka sewaktu menyanyi untuk ibadat di rumah TUHAN dengan iringan ceracap, gambus, dan kecapi. Asaf, Yedutun, dan Heman pula berada di bawah pengarahan raja.
7 Jumlah mereka bersama para saudara mereka yang dilatih untuk menyanyi bagi TUHAN, iaitu semua orang yang mahir, ialah dua ratus lapan puluh lapan orang.
8 Mereka mencabut undi untuk tugas masing-masing, baik kecil mahupun besar, baik guru mahupun murid.
9 Undian pertama bagi Asaf jatuh kepada Yusuf. Undian kedua kepada Gedalya dengan saudara dan anaknya – dua belas orang.
10 Undian ketiga kepada Zakur, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.
11 Undian keempat kepada Yizri, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.
12 Undian kelima kepada Netanya, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.
13 Undian keenam kepada Bukia, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.
14 Undian ketujuh kepada Yesarela, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.
15 Undian kelapan kepada Yesaya, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.
16 Undian kesembilan kepada Matanya, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.
17 Undian kesepuluh kepada Simei, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.
18 Undian kesebelas kepada Azareel, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.
19 Undian kedua belas kepada Hasabya, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.
20 Undian ketiga belas kepada Subael, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.
21 Undian keempat belas kepada Matica, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.
22 Undian kelima belas kepada Yeremot, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.
23 Undian keenam belas kepada Hananya, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.
24 Undian ketujuh belas kepada Yosbekasa, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.
25 Undian kelapan belas kepada Hanani, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.
26 Undian kesembilan belas kepada Maloti, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.
27 Undian kedua puluh kepada Eliata, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.
28 Undian kedua puluh satu kepada Hotir, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.
29 Undian kedua puluh dua kepada Gidalti, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.
30 Undian kedua puluh tiga kepada Mahaziot, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.
31 Undian kedua puluh empat kepada Romamti-Ezer, para anaknya, dan saudaranya – dua belas orang.

Studi Alkitab lengkap, silahkan lihat Alkitab SABDA :: 1 Tawarikh 25
Studi Alkitab mobile, silahkan lihat Alkitab Mobi :: 1 Tawarikh 25

Download Aplikasi Alkitab Karaoke (BETA) Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.sabda.alkitabkaraoke
Kunjungi Alkitab Audio Diglot:
AYT - KJV