1 Pembahagian berupa tanah milik bagi bani Yusuf yang mempunyai sempadan yang bermula dari Sungai Yordan di Yerikho, di sebelah timur mata air Yerikho, melintasi gurun, lalu naik dari Yerikho ke kawasan bukit-bukau dan ke Betel.
2 Dari Betel sempadan itu keluar menuju Lus dan sampai ke Atarot, daerah orang Arki,
3 kemudian turun ke sebelah barat, ke daerah orang Yaflet, sampai ke daerah Bet-Horon Hilir, dan dari sana terus ke Gezer hingga berakhir di laut.
4 Demikianlah bani Yusuf, iaitu suku Manasye dan suku Efraim, menerima harta pusaka mereka.
5 Berikut ialah sempadan wilayah bani Efraim menurut kaum-kaum mereka: Sempadan harta pusaka mereka di sebelah timur ialah Atarot-Adar sampai ke Bet-Horon Hulu,
6 lalu keluar ke laut dengan Mikhmetat di sebelah utaranya, dan membelok ke sebelah timur, iaitu ke Taanat-Silo, sebelum berlanjutan ke sebelah timur, ke Yanoah.
7 Dari Yanoah sempadan itu keluar ke Atarot dan ke Naharat dan menyentuhi Yerikho, lalu berakhir di Sungai Yordan.
8 Dari Tapuah sempadan terus ke sebelah barat, iaitu ke Sungai Kana, dan berakhir di laut. Itulah harta pusaka suku bani Efraim menurut kaum-kaum mereka,
9 termasuk semua kota berserta desa-desanya yang dipisahkan bagi bani Efraim di tengah-tengah harta pusaka bani Manasye.
10 Namun begitu, mereka tidak mengusir bani Kanaan yang tinggal di Gezer, sehingga bani Kanaan itu masih tinggal antara bani Efraim sampai hari ini sebagai buruh paksa.

Studi Alkitab lengkap, silahkan lihat Alkitab SABDA :: Yosua 16
Studi Alkitab mobile, silahkan lihat Alkitab Mobi :: Yosua 16

Download Aplikasi Alkitab Karaoke (BETA) Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.sabda.alkitabkaraoke
Kunjungi Alkitab Audio Diglot:
AYT - KJV