1 Setelah tembok dibina semula dan pintu-pintunya kupasang, ditetapkanlah tugas para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, dan bani Lewi.
2 Aku menugaskan Hanani, saudaraku, untuk mengawasi Yerusalem, bersama-sama Hananya, panglima puri. Hanani seorang takut kepada Allah yang boleh dipercayai melebihi ramai orang lain.
3 Kataku kepada mereka, “Jangan dibuka pintu-pintu gerbang Yerusalem sebelum matahari panas dan sewaktu para pengawal, pintu-pintu itu sedang bertugas arahkan mereka menutup dan memalang kesemua pintu. Tempatkanlah para penjaga daripada kalangan penduduk Yerusalem di tempat penjagaan masing-masing dan di depan rumah masing-masing.”
4 Kota raya Yerusalem luas dan besar, tetapi penduduknya sedikit dan rumah-rumah pun belum dibina semula.
5 Kemudian Allahku menaruh rancangan dalam hatiku untuk mengumpulkan bangsawan, pemimpin, dan rakyat supaya mereka didaftarkan menurut salasilah masing-masing. Sementara itu kutemukan daftar salasilah kalangan yang lebih dahulu pulang. Di dalamnya kudapati tertulis demikian:
6 Inilah warga wilayah Yehuda yang pulang dari tempat penawanan, iaitu warga yang dahulunya dibuang oleh Nebukadnezar, raja Babel. Mereka kembali ke Yerusalem serta ke Tanah Yehuda, ke kota masing-masing.
7 Mereka datang bersama-sama Zerubabel, Yesua, Nehemia, Azarya, Raamya, Nahamani, Mordekhai, Bilsan, Misperet, Bigwai, Nehum, dan Baana. Bilangan warga Israel itu ialah:
8 bani Paros, 2,172 orang;
9 bani Sefaca, 372 orang;
10 bani Arah, 652 orang;
11 bani Pahat-Moab, daripada keturunan Yesua dan Yoab, 2,818 orang;
12 bani Elam, 1,254 orang;
13 bani Zatu, 845 orang;
14 bani Zakai, 760 orang;
15 bani Binui, 648 orang;
16 bani Bebai, 628 orang;
17 bani Azgad, 2,322 orang;
18 bani Adonikam, 667 orang;
19 bani Bigwai, 2,067 orang;
20 bani Adin, 655 orang;
21 bani Ater, daripada Hizkia, 98 orang;
22 bani Hasum, 328 orang;
23 bani Bezai, 324 orang;
24 bani Harif, 112 orang;
25 bani Gibeon, 95 orang;
26 orang Betlehem dan Netofa, 188 orang;
27 orang Anatot, 128 orang;
28 orang Bet-Azmawet, 42 orang;
29 orang Kiryat-Yearim, Kefira, dan Beerot, 743 orang;
30 orang Rama dan Geba, 621 orang;
31 orang Mikhmas, 122 orang;
32 orang Betel dan Ai, 123 orang;
33 orang Nebo yang lain, 52 orang;
34 bani Elam yang lain, 1,254 orang;
35 bani Harim, 320 orang;
36 orang Yerikho, 345 orang;
37 orang Lod, Hadid, dan Ono, 721 orang;
38 bani Senaa, 3,930 orang.
39 Para imam: bani Yedaya, daripada keturunan kaum Yesua, 973 orang;
40 bani Imer, 1,052 orang;
41 bani Pasyhur, 1,247 orang;
42 bani Harim, 1,017 orang.
43 Para bani Lewi: bani Yesua dan Kadmiel, daripada keturunan Hodewa, 74 orang.
44 Para penyanyi: bani Asaf, 148 orang.
45 Para penjaga pintu gerbang: bani Salum, bani Ater, bani Talmon, bani Akub, bani Hatita, dan bani Sobai, 138 orang.
46 Hamba Bait Allah: bani Ziha, bani Hasufa, bani Tabaot,
47 bani Keros, bani Sia, bani Padon,
48 bani Lebana, bani Hagaba, bani Salmai,
49 bani Hanan, bani Gidel, bani Gahar,
50 bani Reaya, bani Rezin, bani Nekoda,
51 bani Gazam, bani Uza, bani Paseah,
52 bani Besai, bani Meunim, bani Nefusim,
53 bani Bakbuk, bani Hakufa, bani Harhur,
54 bani Bazlit, bani Mehida, bani Harsa,
55 bani Barkos, bani Sisera, bani Temah,
56 bani Neziah, dan bani Hatifa.
57 Keturunan hamba Salomo: bani Sotai, bani Soferet, bani Perida,
58 bani Yaala, bani Darkon, bani Gidel,
59 bani Sefaca, bani Hatil, bani Pokheret-Hazebaim, dan bani Amon.
60 Jumlah seluruh hamba Bait Allah dan keturunan hamba Salomo ialah 392 orang.
61 Orang yang berikut datang dari Tel-Melah, Tel-Harsa, Kerub, Adon, dan Imer, tetapi mereka tidak dapat menunjukkan bahawa kaum keluarga dan zuriat mereka keturunan daripada bangsa Israel:
62 bani Delaya, bani Tobia, bani Nekoda, 642 orang.
63 Daripada keturunan imam: bani Habaya, bani Hakos, dan bani Barzilai (orang ini memperisteri seorang anak perempuan Barzilai, orang Gilead itu, lalu ia dinamai menurut nama keluarga itu).
64 Mereka ini mencari catatan nama mereka dalam daftar salasilah tetapi tidak menemukannya. Oleh sebab itu mereka dinyatakan cemar untuk menyertai jawatan imam.
65 Pembesar memerintahkan mereka supaya jangan makan daripada persembahan teramat suci sampai ada imam yang memegang Urim dan Tumim.
66 Jadi, jumlah seluruh jemaah itu ialah 42,360 orang,
67 belum termasuk hamba mereka baik lelaki mahupun perempuan yang berjumlah 7,337 orang. Mereka mempunyai 245 penyanyi lelaki dan perempuan.
68 Kuda mereka berjumlah 736 ekor, baghal mereka 245 ekor,
69 unta mereka 435 ekor, dan keldai mereka 6,720 ekor.
70 Beberapa ketua kaum keluarga memberikan sumbangan untuk pekerjaan itu, sedangkan pembesar menyumbang untuk perbendaharaan sebanyak 1,000 dirham emas, 50 buah bokor, dan 530 helai tunik imam.
71 Beberapa orang ketua kaum keluarga menyumbang untuk perbendaharaan pekerjaan itu sebanyak 20,000 dirham emas dan 2,200 mina perak.
72 Sementara yang disumbangkan rakyat selebihnya ialah 20,000 dirham emas, 2,000 mina perak, dan 67 helai tunik imam.
73 Imam, bani Lewi, penjaga pintu gerbang, penyanyi, sebahagian daripada rakyat, hamba Bait Allah, dan seluruh orang Israel menetap di kota-kota mereka.