1 Pada materai perjanjian itu terdapat nama-nama orang ini: Pembesar Nehemia anak Hakhalya dan Zedekia.
2 Selanjutnya: Seraya, Azarya, Yeremia,
3 Pasyhur, Amarya, Malkia,
4 Hatus, Sebanya, Malukh,
5 Harim, Meremot, Obaja,
6 Daniel, Gineton, Barukh,
7 Mesulam, Abia, Miyamin,
8 Maazya, Bilgai, dan Semaya. Mereka ialah para imam.
9 Para bani Lewi: Yesua anak Azanya, Binui daripada bani Henadad, Kadmiel,
10 serta saudara-saudara mereka, iaitu Sebanya, Hodia, Kelita, Pelaya, Hanan,
11 Mikha, Rehob, Hasabya,
12 Zakur, Serebya, Sebanya
13 Hodia, Bani, dan Beninu.
14 Para pemimpin umat: Paros, Pahat-Moab, Elam, Zatu, Bani,
15 Buni, Azgad, Bebai,
16 Adonia, Bigwai, Adin,
17 Ater, Hizkia, Azur,
18 Hodia, Hasum, Bezai,
19 Harif, Anatot, Nebai,
20 Magpias, Mesulam, Hezir,
21 Mesezabeel, Zadok, Yadua,
22 Pelaca, Hanan, Anaya,
23 Hosea, Hananya, Hasub,
24 Halohes, Pilha, Sobek,
25 Rehum, Hasabna, Maaseya,
26 Ahia, Hanan, Anan,
27 Malukh, Harim, dan Baana.
28 Rakyat selebihnya, iaitu para imam, bani Lewi, para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, para hamba Bait Allah, dan semua orang yang memisahkan diri daripada umat negeri itu demi mematuhi hukum Taurat Allah, berserta para isteri mereka, anak-anak mereka baik lelaki mahupun perempuan, dan semua orang yang dapat mengerti dan memahami hukum tersebut,
29 menggabungkan diri dengan saudara mereka, iaitu bangsawan mereka. Mereka mengikat diri dengan kutukan dan sumpah untuk hidup menurut hukum Taurat yang diberikan Allah dengan perantaraan Musa, hamba Allah itu, dan untuk melakukan dengan setia segala perintah TUHAN, Tuhan kami, serta segala peraturan dan ketetapan-Nya.
30 Kami tidak akan memberi anak perempuan kami kepada bangsa-bangsa negeri ini dan kami tidak akan mengambil anak perempuan mereka untuk menjadi isteri para anak lelaki kami.
31 Jika bangsa-bangsa negeri ini membawa barang-barang atau sebarang bijirin untuk dijual pada hari Sabat, kami tidak akan membelinya daripada mereka pada hari Sabat atau pada bila-bila hari suci yang lain. Pada tahun ketujuh kami akan membiarkan begitu sahaja hasil tanah dan akan meluputkan setiap hutang.
32 Kami juga membuat ketentuan yang mengharuskan kami untuk menanggung biaya sepertiga syikal setiap tahun untuk ibadat di Bait Allah kami,
33 iaitu untuk roti persembahan; untuk persembahan bahan makanan yang tetap; untuk korban bakaran yang tetap pada hari Sabat, bulan baru, dan hari perayaan; untuk persembahan suci; untuk korban penghapus dosa demi pendamaian bagi orang Israel; dan untuk segala pekerjaan di Bait Allah kami.
34 Kami, iaitu para imam, bani Lewi, dan rakyat, akan mencabut undi mengenai persembahan kayu api yang harus dibawa ke Bait Allah kami oleh setiap kaum keluarga kami pada waktu-waktu tertentu, tahun demi tahun. Kayu api itu harus dibakar di atas tempat pembakaran korban TUHAN, Allah kami, seperti yang tertulis dalam Kitab Suci Taurat.
35 Kami akan membawa hasil pertama tanah kami dan hasil pertama berbagai-bagai pokok buah ke Bait TUHAN tahun demi tahun.
36 Anak sulung kami dan anak sulung ternakan kami, iaitu anak sulung kawanan lembu dan kawanan domba kami, seperti tertulis dalam Kitab Suci Taurat, akan kami bawa ke Bait Allah kami, kepada para imam yang menyelenggarakan ibadat di Bait Allah kami.
37 Tepung barli hasil pertama kami, persembahan khusus kami, buah segala pokok, air anggur, dan minyak akan kami bawa kepada para imam, ke bilik-bilik di Bait Allah kami. Sepersepuluh daripada hasil tanah kami akan kami bawa kepada bani Lewi, kerana bani Lewilah yang memungut persembahan sepersepuluh di segala kota pertanian kami.
38 Seorang imam keturunan Harun akan menyertai orang Lewi ketika mereka memungut persembahan daripada sepersepuluh. Kemudian orang Lewi itu harus membawa sepersepuluh dari persembahan sepersepuluh itu ke Bait Allah kami, ke bilik-bilik rumah perbendaharaan.
39 Orang Israel daripada bani Lewi harus membawa persembahan khusus berupa gandum, air anggur, dan minyak ke bilik-bilik itu. Di sana ada segala kelengkapan tempat suci, para imam yang menyelenggarakan ibadat, para penjaga pintu gerbang, dan para penyanyi. Kami tidak akan mengabaikan Bait Allah kami.