1 Kawasan tanah yang didapati menerusi cabutan undi oleh bani Yehuda menurut kaum mereka ialah wilayah sampai ke sempadan Edom, ke Gurun Zin di sebelah selatan, bahagian terhujung di Negeb.
2 Batas selatan mereka adalah dari hujung Laut Mati, dari teluk yang menghadap ke selatan,
3 keluar ke sebelah selatan Tanjakan Akrabim, terus ke Zin, kemudian naik ke sebelah selatan Kadesh-Barnea, dan terus ke Hezron. Dari situ sempadan naik ke Adar dan membelok ke Karka,
4 hingga ke Azmon, keluar di Wadi Mesir lalu berakhir di laut. Itulah sempadan daerahmu di sebelah selatan.
5 Sempadan timur ialah Laut Mati sampai ke muara Sungai Yordan. Persempadanan sebelah utara bermula dari teluk laut itu di muara Sungai Yordan,
6 naik ke Bet-Hogla, terus ke sebelah utara Bet-Araba, lalu naik lagi ke batu Bohan anak Ruben.
7 Kemudian sempadan itu naik dari Lembah Akhor ke Debir, terus ke sebelah utara menghala ke Gilgal, berhadapan dengan tanjakan Adumim di sebelah selatan lembah, dan dari situ berlanjutan ke mata air En-Semes lalu berakhir di En-Rogel.
8 Selanjutnya sempadan itu naik ke Lembah Ben-Hinom, ke sebelah selatan lereng gunung bani Yebus, iaitu Yerusalem, lalu naik ke puncak gunung yang berhadapan dengan Lembah Hinom di sebelah barat, di hujung utara Lembah Refaim.
9 Kemudian dari puncak gunung sempadan berliku ke mata air Neftoah dan keluar ke kota-kota di Gunung Efron, lalu membelok lagi ke Baala, iaitu Kiryat-Yearim.
10 Selanjutnya sempadan membelok dari Baala ke sebelah barat, ke Gunung Seir, terus ke lereng utara Gunung Yearim, iaitu Kesalon, lalu turun ke Bet-Semes dan terus ke Timna
11 lalu keluar ke lereng Ekron di sebelah utara, membelok ke Sikron, terus ke Gunung Baala, lalu keluar di Yabneel, dan berakhir di laut.
12 Sempadan barat ialah Laut Besar dan tepiannya. Itulah sempadan di sekeliling bani Yehuda menurut kaum-kaum mereka.
13 Kepada Kaleb anak Yefune, Yosua memberikan satu bahagian di tengah-tengah bani Yehuda, selaras dengan firman TUHAN kepadanya. Bahagian itu ialah Kiryat-Arba (Arba ialah bapa Enak), iaitu Hebron.
14 Kaleb mengusir dari sana ketiga-tiga orang anak Enak, iaitu Sesai, Ahiman, dan Talmai – itulah keturunan Enak.
15 Dari sana dia mara melawan penduduk Debir. Nama Debir sebelumnya ialah Kiryat-Sefer.
16 Berkatalah Kaleb, “Sesiapa yang menumpaskan dan menawan Kiryat-Sefer, kepadanya akan kuberikan anak perempuanku, Akhsa, sebagai isterinya.”
17 Lalu Otniel anak Kenas, adik Kaleb, menawan kota itu. Maka Kaleb memberikan, anak perempuannya, Akhsa, kepada Otniel untuk menjadi isterinya.
18 Pada waktu perempuan itu datang kepada Otniel, dia memujuk suaminya untuk meminta sepetak ladang daripada ayahnya. Ketika perempuan itu turun dari keldainya, Kaleb bertanya kepadanya, “Apakah yang kauinginkan?”
19 Jawabnya, “Berilah aku berkat. Ayah telah menempatkan aku di Tanah Negeb. Oleh itu, berilah aku juga beberapa mata air.” Maka Kaleb pun memberinya mata-mata air di sebelah hulu dan hilir.
20 Inilah harta pusaka suku bani Yehuda menurut kaum-kaum mereka:
21 Kota-kota suku bani Yehuda yang paling hujung, yang menghala ke sempadan Edom di Tanah Negeb: Kabzeel, Eder, Yagur,
22 Kina, Dimona, Adada,
23 Kedesh, Hazor, Yitnan,
24 Zif, Telem, Bealot,
25 Hazor-Hadata, Keriot-Hezron, iaitu Hazor,
26 Amam, Sema, Molada,
27 Hazar-Gada, Hesmon, Bet-Pelet,
28 Hazar-Sual, Bersyeba, Bizotiya,
29 Baala, Iyim, Ezem,
30 Eltolad, Kesil, Horma,
31 Ziklag, Madmana, Sansana,
32 Lebaot, Silhim, Ain, Rimon – semuanya dua puluh sembilan buah kota dengan desa-desanya.
33 Di dataran rendah: Esytaol, Zora, Asna,
34 Zanoah, En-Ganim, Tapuah, Enam,
35 Yarmut, Adulam, Sokho, Azeka,
36 Saaraim, Aditaim, Gedera, Gederotaim – empat belas buah kota dengan desa-desanya.
37 Zenan, Hadasa, Migdal-Gad,
38 Dilean, Mizpa, Yokteel,
39 Lakhis, Bozkat, Eglon,
40 Kabon, Lahmas, Kitlis,
41 Gederot, Bet-Dagon, Naama, dan Makeda – enam belas buah kota dengan desa-desanya.
42 Libna, Eter, Asan,
43 Yiftah, Asna, Nezib,
44 Kehila, Akhzib, dan Maresa – sembilan buah kota dengan desa-desanya.
45 Ekron dengan bandar-bandar dan desa-desanya,
46 dari Ekron ke arah barat sampai ke laut, semua yang terletak di sisi Asdod dengan desa-desanya.
47 Asdod dengan bandar-bandar dan desa-desanya, Gaza dengan bandar-bandar dan desa-desanya sampai ke Wadi Mesir, dan Laut Besar serta tepiannya.
48 Di pergunungan: Samir, Yatir, Sokho,
49 Dana, Kiryat-Sana, iaitu Debir,
50 Anab, Estemo, Anim,
51 Gosyen, Holon, Gilo – sebelas buah kota dengan desa-desanya.
52 Arab, Duma, Esan,
53 Yanum, Bet-Tapuah, Afeka,
54 Humta, Kiryat-Arba, iaitu Hebron, Zior – sembilan buah kota dengan desa-desanya.
55 Maon, Karmel, Zif, Yuta,
56 Yizreel, Yokdeam, Zanoah,
57 Kain, Gibea, Timna – sepuluh buah kota dengan desa-desanya.
58 Halhul, Bet-Zur, Gedor,
59 Maarat, Bet-Anot, Eltekon – enam buah kota dengan desa-desanya.
60 Kiryat-Baal, iaitu Kiryat-Yearim, dan Raba – dua buah kota dengan desa-desanya.
61 Di gurun: Bet-Araba, Midin, Sekhakha,
62 Nibsan, Kota Garam, En-Gedi – enam buah kota dengan desa-desanya.
63 Meskipun demikian, bani Yehuda tidak dapat mengusir bani Yebus, penduduk Yerusalem itu. Jadi, orang Yebus tinggal bersama-sama bani Yehuda di Yerusalem sampai hari ini.