1 Inilah warga wilayah Yehuda yang pulang dari tempat penawanan, iaitu warga yang dahulunya dibuang negeri ke Babel oleh Nebukadnezar, raja Babel. Mereka kembali ke Yerusalem serta ke Tanah Yehuda, ke kota masing-masing.
2 Mereka datang bersama-sama Zerubabel, Yesua, Nehemia, Seraya, Reelaya, Mordekhai, Bilsan, Mispar, Bigwai, Rehum, dan Baana. Inilah senarai warga orang Israel:
3 bani Paros, 2,172 orang;
4 bani Sefaca, 372 orang;
5 bani Arah, 775 orang;
6 bani Pahat-Moab, daripada keturunan Yesua dan Yoab, 2,812 orang;
7 bani Elam, 1,254 orang;
8 bani Zatu, 945 orang;
9 bani Zakai, 760 orang;
10 bani Bani, 642 orang;
11 bani Bebai, 623 orang;
12 bani Azgad, 1,222 orang;
13 bani Adonikam, 666 orang;
14 bani Bigwai, 2,056 orang;
15 bani Adin, 454 orang;
16 bani Ater, daripada Hizkia, 98 orang;
17 bani Bezai, 323 orang;
18 bani Yora, 112 orang;
19 bani Hasum, 223 orang;
20 bani Gibar, 95 orang;
21 bani Betlehem, 123 orang;
22 orang Netofa, 56 orang;
23 orang Anatot, 128 orang;
24 bani Azmawet, 42 orang;
25 bani Kiryat-Arim, Kefira, dan Beerot, 743 orang;
26 bani Rama dan Geba 621 orang;
27 orang Mikhmas, 122 orang;
28 orang Betel dan Ai, 223 orang;
29 bani Nebo, 52 orang;
30 bani Magbis, 156 orang;
31 bani Elam yang lain, 1,254 orang;
32 bani Harim, 320 orang;
33 bani Lod, Hadid, dan Ono, 725 orang;
34 bani Yerikho, 345 orang;
35 bani Senaa, 3,630 orang.
36 Para imam: bani Yedaya, daripada keturunan kaum Yesua, 973 orang;
37 bani Imer, 1,052 orang;
38 bani Pasyhur, 1,247 orang;
39 bani Harim, 1,017 orang.
40 Orang Lewi: bani Yesua dan Kadmiel, daripada keturunan Hodawya, 74 orang.
41 Penyanyi: bani Asaf, 128 orang.
42 Keturunan penjaga pintu gerbang: bani Salum, bani Ater, bani Talmon, bani Akub, bani Hatita, bani Sobai, semuanya 139 orang.
43 Hamba Bait Allah: bani Ziha, bani Hasufa, bani Tabaot,
44 bani Keros, bani Siaha, bani Padon,
45 bani Lebana, bani Hagaba, bani Akub,
46 bani Hagab, bani Samlai, bani Hanan,
47 bani Gidel, bani Gahar, bani Reaya,
48 bani Rezin, bani Nekoda, bani Gazam,
49 bani Uza, bani Paseah, bani Besai,
50 bani Asna, bani Meunim, bani Nefusim,
51 bani Bakbuk, bani Hakufa, bani Harhur,
52 bani Bazlut, bani Mehida, bani Harsa,
53 bani Barkos, bani Sisera, bani Temah,
54 bani Neziah, bani Hatifa.
55 Keturunan hamba Salomo: bani Sotai, bani Soferet, bani Peruda,
56 bani Yaala, bani Darkon, bani Gidel,
57 bani Sefaca, bani Hatil, bani Pokheret-Hazebaim, bani Ami.
58 Jumlah seluruh hamba Bait Allah dan keturunan hamba Salomo ialah 392 orang.
59 Orang yang berikut datang dari Tel-Melah, Tel-Harsa, Kerub, Adan, dan Imer, tetapi mereka tidak dapat menunjukkan bahawa kaum keluarga dan zuriat mereka keturunan daripada bangsa Israel:
60 bani Delaya, bani Tobia, bani Nekoda, 652 orang.
61 Daripada keturunan imam: bani Habaya, bani Hakos, dan bani Barzilai (orang ini memperisteri seorang anak perempuan Barzilai, orang Gilead itu, lalu dia dinamai menurut nama keluarga itu).
62 Mereka ini mencari catatan nama mereka dalam daftar salasilah tetapi tidak menemukannya. Oleh sebab itu mereka dinyatakan cemar untuk jawatan imam.
63 Pembesar memerintahkan mereka supaya jangan makan daripada persembahan teramat suci sampai ada imam yang memegang Urim dan Tumim.
64 Jadi, jumlah seluruh jemaah itu ialah 42,360 orang,
65 belum termasuk hamba mereka baik lelaki mahupun perempuan yang berjumlah 7,337 orang. Mereka mempunyai 200 orang penyanyi lelaki dan perempuan.
66 Kuda mereka berjumlah 736 ekor, baghal mereka 245 ekor,
67 unta mereka 435 ekor, dan keldai mereka 6,720 ekor.
68 Sesampainya mereka di Rumah TUHAN, iaitu di Yerusalem, beberapa orang ketua keluarga memberikan persembahan sukarela untuk membina Rumah Allah di tempatnya semula.
69 Mereka menyumbangkan sekadar kemampuan mereka untuk perbendaharaan pekerjaan itu sebanyak 61,000 dirham emas, 5,000 mina perak, dan 100 helai tunik imam.
70 Maka imam, bani Lewi, sebahagian daripada rakyat, penyanyi, penjaga pintu gerbang, dan hamba Bait Allah menetap di kota-kota mereka. Semua orang Israel pun menetap di kota mereka.

Studi Alkitab lengkap, silahkan lihat Alkitab SABDA :: Ezra 2
Studi Alkitab mobile, silahkan lihat Alkitab Mobi :: Ezra 2

Download Aplikasi Alkitab Karaoke (BETA) Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.sabda.alkitabkaraoke
Kunjungi Alkitab Audio Diglot:
AYT - KJV