1 TUHAN berfirman sedemikian kepada Musa dalam Khemah Pertemuan di Gurun Sinai pada hari pertama dalam bulan kedua, dalam tahun kedua setelah orang Israel keluar dari Tanah Mesir:
2 “Jalankanlah banci penduduk ke atas seluruh umat Israel menurut kaum dan keluarga mereka. Catatlah satu demi satu nama semua lelaki
3 di Israel berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang. Hendaklah kamu dan Harun menghitung mereka menurut pasukan masing-masing.
4 Hendaklah ada seorang daripada setiap suku yang menyertaimu, iaitu orang yang menjadi ketua kaum keluarganya.
5 Inilah nama orang yang harus menyertaimu: Elizur anak Syedeur, daripada suku Ruben;
6 Selumiel anak Zurisyadai, daripada suku Simeon;
7 Nahason anak Aminadab, daripada suku Yehuda;
8 Netaneel anak Zuar, daripada suku Isakhar;
9 Eliab anak Helon, daripada suku Zebulon;
10 Elisama anak Amihud, daripada suku Efraim, dan Gamaliel anak Pedazur, daripada suku Manasye, kedua-duanya keturunan Yusuf;
11 Abidan anak Gideoni, daripada suku Benyamin;
12 Ahiezer anak Amisyadai, daripada suku Dan;
13 Pagiel anak Okhran, daripada suku Asyer;
14 Elyasaf anak Rehuel, daripada suku Gad;
15 Ahira anak Enan, daripada suku Naftali.”
16 Itulah orang yang dipilih daripada kalangan umat, iaitu pemimpin suku kaum bapa. Mereka ketua suku kaum Israel.
17 Maka Musa dan Harun memanggil orang yang telah dinamai itu,
18 lalu pada hari pertama pada bulan kedua itu mereka mengumpulkan seluruh umat. Seluruh umat pun menyatakan salasilah mereka menurut keluarga serta suku kaum mereka, dan nama setiap lelaki yang berumur dua puluh tahun ke atas dicatat satu demi satu,
19 seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. Demikianlah Musa menghitung mereka di kawasan Gurun Sinai:
20 Daripada bani Ruben, iaitu keturunan daripada anak sulung Israel: Nama setiap lelaki yang berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang dicatat satu demi satu menurut kaum dan keluarganya.
21 Jumlah yang dihitung daripada suku Ruben ialah 46,500 orang.
22 Daripada bani Simeon: Nama setiap lelaki berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang dicatat satu demi satu menurut kaum dan keluarganya.
23 Jumlah yang dihitung daripada suku Simeon ialah 59,300 orang.
24 Daripada bani Gad: Nama setiap lelaki berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang dicatat satu demi satu menurut kaum dan keluarganya.
25 Jumlah yang dihitung daripada suku Gad ialah 45,650 orang.
26 Daripada bani Yehuda: Nama setiap lelaki berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang dicatat satu demi satu menurut kaum dan keluarganya.
27 Jumlah yang dihitung daripada suku Yehuda ialah 74,600 orang.
28 Daripada bani Isakhar: Nama setiap lelaki berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang dicatat satu demi satu menurut kaum dan keluarganya.
29 Jumlah yang dihitung daripada suku Isakhar ialah 54,400 orang.
30 Daripada bani Zebulon: Nama setiap lelaki berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang dicatat satu demi satu menurut kaum dan keluarganya.
31 Jumlah yang dihitung daripada suku Zebulon ialah 57,400 orang.
32 Daripada bani Yusuf, khususnya daripada bani Efraim: Nama setiap lelaki berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang dicatat satu demi satu menurut kaum dan keluarganya.
33 Jumlah yang dihitung daripada suku Efraim ialah 40,500 orang.
34 Daripada bani Manasye: Nama setiap lelaki berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang dicatat satu demi satu menurut kaum dan keluarganya,
35 dan jumlah yang dihitung daripada suku Manasye ialah 32,200 orang.
36 Daripada bani Benyamin: Nama setiap lelaki berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang dicatat satu demi satu menurut kaum dan keluarganya.
37 Jumlah yang dihitung daripada suku Benyamin ialah 35,400 orang.
38 Daripada bani Dan: Nama setiap lelaki berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang dicatat satu demi satu menurut kaum dan keluarganya.
39 Jumlah yang dihitung daripada suku Dan ialah 62,700 orang.
40 Daripada bani Asyer: Nama setiap lelaki berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang dicatat satu demi satu menurut kaum dan keluarganya.
41 Jumlah yang dihitung daripada suku Asyer ialah 41,500 orang.
42 Daripada bani Naftali: Nama setiap lelaki berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang dicatat satu demi satu menurut kaum dan keluarganya.
43 Jumlah yang dihitung daripada suku Naftali ialah 53,400 orang.
44 Itulah jumlah orang yang dihitung oleh Musa dan Harun berserta kesemua dua belas orang pemimpin Israel, yang masing-masing mewakili keluarganya.
45 Jadi, seluruh orang Israel yang dihitung menurut keluarganya, iaitu semua orang Israel berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang
46 berjumlah 603,550 orang.
47 Akan tetapi, mereka yang termasuk bani Lewi menurut suku bapa leluhurnya tidak turut dihitung bersama-sama orang itu,
48 kerana demikianlah firman TUHAN kepada Musa,
49 “Hanya, suku Lewi jangan kausenaraikan. Jangan kauadakan banci penduduk ke atas mereka bersama-sama orang Israel lainnya,
50 melainkan angkatlah orang Lewi sebagai pengawas ke atas Khemah Suci tempat kesaksian, ke atas segala alat kelengkapannya, dan ke atas segala sesuatu yang ada di dalamnya. Mereka harus mengusung Khemah Suci dengan segala alat kelengkapannya serta mengurusnya. Selain itu, mereka pun harus berkhemah di sekelilingnya.
51 Apabila berangkat, orang Lewilah yang harus membongkar Khemah Suci itu, dan apabila hendak berkhemah, orang Lewi pulalah yang harus memasangnya. Orang awam yang berani mendekati Khemah itu harus dihukum mati.
52 Orang Israel lainnya harus berkhemah di perkhemahan masing-masing menurut pasukan mereka, berdekatan bendera masing-masing,
53 tetapi orang Lewi harus berkhemah di sekeliling Khemah Suci, tempat loh hukum, supaya jangan umat Israel tertimpa murka. Jadi, orang Lewi harus menunaikan kewajipan mereka memelihara Khemah Suci, tempat loh hukum itu.”
54 Orang Israel pun melakukannya. Selaras dengan segala yang diperintahkan TUHAN kepada Musa, demikianlah dilakukan mereka.

Studi Alkitab lengkap, silahkan lihat Alkitab SABDA :: Bilangan 1
Studi Alkitab mobile, silahkan lihat Alkitab Mobi :: Bilangan 1

Download Aplikasi Alkitab Karaoke (BETA) Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.sabda.alkitabkaraoke
Kunjungi Alkitab Audio Diglot:
AYT - KJV