1 Lalu Elihu berkata,
2 “Inikah yang kauanggap adil sehingga engkau berkata, ‘Aku lebih benar daripada Allah’
3 Engkau bertanya, ‘Apakah gunanya bagiku? Apakah faedahnya bagiku kalau aku tidak berdosa?’
4 Aku akan memberikan jawapan kepadamu dan kepada sahabat-sahabatmu yang ada bersamamu.
5 Pandanglah langit dan lihatlah, perhatikanlah awan-awan yang lebih tinggi daripada engkau.
6 Jika engkau berdosa, apakah yang kaulakukan terhadap Dia? Jika pelanggaranmu banyak, apakah yang kaubuat terhadap Dia?
7 Jika engkau benar, apakah yang kauberikan kepada-Nya? Atau, apakah yang Dia terima daripada tanganmu?
8 Kefasiqanmu hanya mempengaruhi orang lain yang seperti engkau, Perbenaranmu hanya mempengaruhi anak-anak manusia.
9 Orang menjerit kerana banyaknya penindasan, mereka berteriak minta tolong daripada tekanan kekuatan para penguasa.
10 Tetapi tidak ada yang bertanya, ‘Di manakah Allah, Penciptaku, yang memberikan nyanyian sukacita pada malam hari,
11 yang mengajar kami lebih daripada binatang-binatang di bumi dan menjadikan kami lebih bijak daripada burung-burung di udara?’
12 Di sana mereka berseru-seru, tetapi Dia tidak menjawab kerana kecongkakan kalangan jahat.
13 Sungguh, teriakan kosong tidak didengar Allah, Yang Maha Kuasa tidak menghiraukannya.
14 Apa lagi ketika engkau berkata bahawa engkau tidak melihat-Nya, bahawa perkaramu sudah ada di hadapan-Nya, tetapi engkau masih menanti-nantikan Dia.
15 Tetapi sekarang, kerana murka-Nya belum menghukum dan Dia tidak terlalu mempedulikan pelanggaran,
16 maka Ayub membuka mulutnya dengan sia-sia, dia menimbunkan perkataan tanpa pengetahuan.”