1 Anak-anak Isakhar: Tola, Pua, Yasub, dan Simron – kesemuanya empat orang.
2 Anak-anak Tola: Uzi, Refaya, Yeriel, Yahmai, Yibsam, dan Samuel. Mereka ketua kaum keluarga Tola dan kesateria yang gagah perkasa. Menurut keturunannya, jumlah mereka pada zaman Daud ialah 22,600 orang.
3 Anak Uzi: Yizrahya. Anak-anak Yizrahya: Mikhail, Obaja, Yo'el, dan Yisia – lima orang. Semuanya para ketua kaum.
4 Bersama mereka terdapat pasukan tentera perang seramai 36,000 orang menurut keturunan dan kaum keluarga masing-masing, kerana mereka mempunyai ramai isteri serta anak.
5 Para saudara mereka daripada seluruh kaum Isakhar ada 87,000 kesateria yang gagah perkasa. Semuanya tertulis dalam salasilah mereka.
6 Anak-anak Benyamin: Bela, Bekher, dan Yediael – tiga orang.
7 Anak-anak Bela: Ezbon, Uzi, Uziel, Yerimot, dan Iri – lima orang. Mereka ketua kaum keluarga dan kesateria yang gagah perkasa. Menurut salasilah, mereka berjumlah 22,034 orang.
8 Anak-anak Bekher: Zemira, Yoas, Eliezer, Elyo'enai, Omri, Yeremot, Abia, Anatot, dan Alemet. Kesemuanya anak Bekher.
9 Mereka yang tercatat dalam salasilah, iaitu para ketua kaum keluarga dan para kesateria yang gagah perkasa ialah 20,200 orang.
10 Anak Yediael: Bilhan. Anak-anak Bilhan: Yeus, Benyamin, Ehud, Kenaana, Zetan, Tarsis, dan Ahisahar.
11 Kesemuanya anak Yediael, para ketua kaum keluarga, para kesateria yang gagah perkasa, ada 17,200 orang yang siap bertempur dalam peperangan.
12 Supim dan Hupim pula ialah anak-anak Ir manakala Husim ialah anak Aher.
13 Anak-anak Naftali: Yahziel, Guni, Yezer, dan Salum – anak-anaknya daripada Bilha.
14 Keturunan Manasye: Asriel, yang dilahirkan oleh gundiknya, orang Aram. Perempuan ini juga melahirkan Makhir, ayah Gilead.
15 Makhir mengambil isteri bagi Hupim dan Supim. Nama saudara perempuannya ialah Maakha dan nama anak yang kedua ialah Zelafehad. Zelafehad hanya mempunyai anak perempuan.
16 Maakha, isteri Makhir, melahirkan seorang anak yang dinamainya Peres, manakala nama adiknya ialah Seres. Anak-anak Seres ialah Ulam dan Rekem.
17 Anak Ulam: Bedan. Itulah keturunan Gilead anak Makhir anak Manasye.
18 Saudara perempuannya, Molekhet, melahirkan Isyhod, Abiezer, dan Mahla.
19 Anak-anak Semida ialah Ahyan, Sekhem, Likhi, dan Aniam.
20 Keturunan Efraim turun-temurun: Sutelah, Bered, Tahat, Elada, Tahat,
21 Zabad, Sutelah, kemudian Ezer dan Elad, yang dibunuh oleh orang kaum Gat yang lahir di negeri itu kerana mereka merampas ternakan kaum Gat itu.
22 Efraim, ayah mereka, berkabung berhari-hari lamanya, sehingga para saudaranya datang untuk menghiburkannya.
23 Sesudah itu dia meniduri isterinya, lalu perempuan itu mengandung dan melahirkan seorang anak yang dinamainya Beria, kerana malapetaka telah menimpa keluarganya.
24 Anak perempuannya ialah Seera, yang membina Bet-Horon-Hilir dan Hulu, serta Uzen-Seera.
25 Anak lelakinya ialah Refah dan Resef; kemudian turun-temurunnya ialah Telah, Tahan,
26 Ladan, Amihud, Elisama,
27 Nun, Yosua.
28 Milik dan tempat tinggal mereka ialah Betel, Naaran di sebelah timur dan Gezer di sebelah barat, Sikhem sampai ke Aya, semuanya dengan kampung-kampungnya.
29 Di perbatasan dengan bani Manasye terdapat Bet-Sean, Taanakh, Megido, dan Dor, semuanya dengan kampung-kampungnya. Di tempat-tempat itulah menetapnya keturunan Yusuf anak Israel.
30 Anak-anak Asyer: Yimna, Yiswa, Yiswi, dan Beria. Serah ialah saudara perempuan mereka.
31 Anak-anak Beria: Heber dan Malkiel, iaitu bapa Birzait.
32 Heber beranakkan Yaflet, Somer, Hotam dan seorang saudara perempuan mereka bernama Sua.
33 Anak-anak Yaflet: Pasakh, Bimhal, dan Aswat. Itulah keturunan Yaflet.
34 Anak-anak Semer: Ahi, Rohga, Yehuba, dan Aram.
35 Anak-anak Helem, saudaranya: Zofah, Yimna, Seles, dan Amal.
36 Anak-anak Zofah: Suah, Harnefer, Syual, Beri, Yimra,
37 Bezer, Hod, Sama, Silsa, Yitran, dan Beera.
38 Anak-anak Yeter: Yefune, Pispa, dan Ara.
39 Anak-anak Ula: Arah, Haniel, dan Rizya.
40 Itulah semua keturunan Asyer, para ketua kaum keluarga, para kesateria gagah perkasa yang terpilih dan yang menjadi para pemimpin utama. Jumlah yang tercatat dalam salasilah mereka sebagai pasukan perang ialah 26,000 orang.