1 Anak-anak Yehuda: Peres, Hezron, Karmi, Hur, dan Syobal.
2 Anak Reaya anak Syobal ialah Yahat, kemudian anak-anak Yahat ialah Ahumai dan Lahad. Itulah kaum-kaum orang Zora.
3 Inilah anak-anak Etam: Yizreel, Isma, dan Idbas. Nama saudara perempuan mereka ialah Hazelelponi.
4 Penuel ialah bapa Gedor, dan Ezer ialah bapa Husa. Itulah anak-anak Hur, anak sulung Efrata, bapa Betlehem.
5 Asyur, bapa Tekoa, mempunyai dua orang isteri, iaitu Hela dan Naara.
6 Naara melahirkan baginya Ahuzam, Hefer, Temeni, dan Ahastari. Itulah anak-anak Naara.
7 Anak-anak Hela: Zeret, Yezohar, Etnan.
8 Kos bapa kepada Anub, Hazobeba dan kaum-kaum Aharhel anak Harum.
9 Yabes lebih dimuliakan daripada saudara-saudaranya. Ibunya menamai dia Yabes, kerana katanya, “Aku telah melahirkan dia dengan susah.”
10 Yabes berseru kepada Allah Israel, katanya, “Kiranya Engkau memberkati aku berlimpah-limpah dan memperluas daerahku. Kiranya tangan-Mu menyertai aku dan menjaga aku daripada malapetaka, supaya aku tidak disusahkannya.” Allah mengabulkan apa yang dimintanya itu.
11 Kelub, saudara Suha, beranakkan Mehir, iaitu ayah Eston.
12 Eston beranakkan Bet-Rafa, Paseah, dan Tehina, bapa Ir-Nahas. Itulah suku kaum Rekha.
13 Anak-anak Kenas: Otniel dan Seraya. Anak-anak Otniel: Hatat dan Meonotai.
14 Meonotai beranakkan Ofra. Seraya beranakkan Yoab, iaitu bapa kaum Lembah Tukang yang dinamai sedemikian kerana mereka itu para tukang.
15 Anak-anak Kaleb anak Yefune: Iru, Ela, dan Naam. Anak Ela: Kenas.
16 Anak-anak Yehaleleel: Zif, Zifa, Tireya, dan Asareel.
17 Anak-anak Ezra: Yeter, Mered, Efer, dan Yalon. Mered memperisteri Bica, puteri Firaun, lalu perempuan itu melahirkan Miryam, Samai, dan Yisbah, bapa Estemoa.
18 Isteri Mered yang lain, seorang perempuan Yehuda, melahirkan Yered, bapa Gedor; Heber, bapa Sokho; dan Yekutiel, bapa Zanoah.
19 Anak-anak daripada isteri Hodia, saudara perempuan Naham: bapa Kehila, orang Garmi; dan Estemoa, orang Maakha.
20 Anak-anak Simon: Amnon, Rina, Ben-Hanan, dan Tilon. Anak-anak Yisei: Zohet dan Ben-Zohet.
21 Anak-anak Syela anak Yehuda: Er, bapa Lekha; Lada, bapa Maresa; dan kaum pengusaha kain linen halus dari Bet-Asybea;
22 serta Yokim, orang Kozeba, Yoas, dan Saraf yang menguasai Moab tetapi kemudian kembali ke Lehem. Segala riwayat ini sudah tua.
23 Mereka itu tukang periuk, penduduk Netaim dan Gedera. Di sanalah mereka tinggal dan bekerja untuk raja.
24 Anak-anak Simeon: Nemuel, Yamin, Yarib, Zerah, dan Saul.
25 Kemudian turun-temurunnya ialah Salum, Mibsam, dan Misma.
26 Anak-anak Misma turun-temurun: Hamuel, Zakur, dan Simei.
27 Simei mempunyai enam belas orang anak lelaki dan enam orang anak perempuan, tetapi saudaranya tidak mempunyai ramai anak. Seluruh kaum mereka tidak bertambah ramai sebagaimana bani Yehuda.
28 Mereka tinggal di Bersyeba, Molada, Hazar-Sual,
29 Bilha, Ezem, Tolad,
30 Betuel, Horma, Ziklag,
31 Bet-Markabot, Hazar-Susim, Bet-Biri, dan Saaraim. Itulah kota mereka sampai Daud menaiki takhta.
32 Desa-desa mereka ialah Etam, Ain, Rimon, Tokhen, dan Asan – lima perkampungan;
33 juga semua desa yang ada di sekeliling perkampungan itu sampai ke Baal. Itulah tempat tinggal mereka. Mereka mempunyai salasilah sendiri.
34 Selanjutnya Mesobab, Yamlekh, Yosa anak Amazia,
35 Yo'el, Yehu anak Yosibya anak Seraya anak Asiel,
36 Elyo'enai, Yaakoba, Yesohaya, Asaya, Adiel, Yesimiel, Benaya,
37 dan Ziza anak Sifei anak Alon anak Yedaya anak Simri anak Semaya.
38 Orang yang disebutkan nama mereka ialah para pemimpin dalam kaum mereka. Kaum keluarga mereka berkembang semakin ramai.
39 Mereka pergi ke jalan masuk Gedor sampai ke sebelah timur lembah itu untuk mencari padang rumput bagi kawanan ternakan mereka,
40 lalu mereka menemukan padang rumput yang subur dan baik. Negeri itu luas, sentosa, dan aman, kerana orang yang tinggal di sana sebelumnya berasal daripada orang Ham.
41 Orang yang tertulis nama mereka datang pada zaman Hizkia, raja Yehuda. Mereka menyerang perkhemahan orang Ham serta orang Meunim yang ada di sana dan menumpaskan mereka itu. Demikianlah sampai hari ini. Mereka menduduki tempat orang itu, kerana di sana terdapat padang rumput bagi kawanan ternakan mereka.
42 Sebahagian daripada mereka, iaitu seramai lima ratus orang daripada bani Simeon, berpindah ke Pergunungan Seir. Para ketua mereka ialah Pelaca, Nearya, Refaya, Uziel, dan anak-anak Yisei.
43 Mereka membunuh saki-baki orang Amalek yang menyelamatkan diri, lalu mereka tinggal di sana sehingga hari ini.