1 Inilah anak-anak Daud yang dilahirkan baginya di Hebron: Anak yang sulung ialah Amnon, daripada Ahinoam orang Yizreel. Anak kedua ialah Daniel, daripada Abigail orang Karmel.
2 Anak ketiga ialah Absalom, anak Maakha, iaitu anak perempuan Talmai, raja Gesur. Anak keempat ialah Adonia, anak Hagit.
3 Anak kelima ialah Sefaca, daripada Abital. Anak keenam ialah Yitream, daripada Egla, isterinya.
4 Enam orang dilahirkan baginya di Hebron. Di sana dia bertakhta selama tujuh tahun enam bulan. Di Yerusalem Daud bertakhta selama tiga puluh tiga tahun.
5 Inilah anak-anak yang dilahirkan baginya di Yerusalem: Simea, Sobab, Natan, dan Salomo – empat orang daripada Batsyua anak Amiel.
6 Selanjutnya Yibhar, Elisama, Elifelet,
7 Nogah, Nefeg, Yafia,
8 Elisama, Elyada, dan Elifelet – sembilan orang.
9 Mereka semua itu anak-anak Daud, di samping anak-anak daripada para gundiknya. Tamar ialah saudara perempuan mereka.
10 Anak Salomo ialah Rehabeam, kemudian turun-temurunnya ialah Abia, Asa, Yosafat,
11 Yoram, Ahazia, Yoas,
12 Amazia, Azarya, Yotam,
13 Ahas, Hizkia, Manasye,
14 Amon, Yosia.
15 Anak-anak Yosia: Yohanan, yang sulung; Yoyakim, anak kedua; Zedekia, anak ketiga; Salum, anak keempat.
16 Anak Yoyakim ialah Yekhonya, dan anak Yekhonya ialah Zedekia.
17 Anak-anak Yekhonya, orang tahanan itu: Sealtiel,
18 Malkhiram, Pedaya, Syenasar, Yekamya, Hosama, dan Nedabya.
19 Anak-anak Pedaya: Zerubabel dan Simei. Anak-anak Zerubabel: Mesulam dan Hananya. Selomit ialah saudara perempuan mereka.
20 Selanjutnya, lima orang lain: Hasuba, Ohel, Berekhya, Hasaja, dan Yusab-Hesed.
21 Keturunan Hananya: Pelaca, Yesaya, bani Refaya, bani Arnan, bani Obaja, dan bani Sekhanya.
22 Keturunan Sekhanya: Semaya dan anak-anak Semaya: Hatus, Yigal, Bariah, Nearya, dan Safat – seramai enam orang.
23 Anak-anak Nearya: Elyo'enai, Hizkia, dan Azrikam – seramai tiga orang.
24 Anak-anak Elyo'enai: Hodawya, Elyasib, Pelaya, Akub, Yohanan, Delaya, dan Anani – seramai tujuh orang.