1 Berikut ini ialah rombongan penjaga pintu gerbang. Daripada orang Korah: Meselemya anak Kore daripada keturunan Asaf.
2 Meselemya beranakkan Zakharia, anak sulung; Yediael, anak kedua; Zebaja, anak ketiga; Yatniel, anak keempat;
3 Elam, anak kelima; Yohanan, anak keenam; Elyo'enai, anak ketujuh.
4 Obed-Edom beranakkan Semaya, anak sulung; Yozabad, anak kedua; Yoah, anak ketiga; Sakhar, anak keempat; Netaneel, anak kelima;
5 Amiel, anak keenam; Isakhar, anak ketujuh; Peuletai, anak kelapan. Allah memang telah memberkati Obed-Edom.
6 Bagi Semaya, anak Obed-Edom, lahir beberapa orang anak. Mereka memegang kekuasaan dalam kaum keluarga mereka, kerana mereka itu kesateria yang gagah perkasa.
7 Anak-anak Semaya: Otni, Refael, Obed, dan Elzabad. Saudaranya ialah Elihu dan Semakhya, kalangan yang gagah perkasa.
8 Mereka semua keturunan Obed-Edom. Mereka, anak-anak mereka, dan para saudara mereka memang orang yang berwibawa lagi kuat untuk pekerjaan itu – sejumlah 62 orang, daripada Obed-Edom.
9 Meselemya mempunyai anak dan saudara – 18 orang yang gagah perkasa.
10 Hosa daripada bani Merari beranakkan Simri, seorang ketua (meskipun dia bukan anak sulung, ayahnya mengangkat dia menjadi ketua);
11 Hilkia, anak kedua; Tebalya, anak ketiga; Zakharia, anak keempat. Semua anak dan saudara Hosa berjumlah 13 orang.
12 Rombongan penjaga pintu gerbang yang dibahagikan menurut para ketuanya itu bertugas melayani dalam Bait TUHAN sama seperti para saudara mereka.
13 Untuk setiap pintu gerbang, mereka mencabut undi menurut kaum keluarga mereka, baik yang kecil mahupun yang besar.
14 Undian untuk pintu timur jatuh kepada Selemya. Kemudian undi dicabut bagi anaknya, Zakharia, seorang penasihat yang bijaksana, dan hasil undian itu ialah pintu utara.
15 Hasil undian bagi Obed-Edom ialah pintu selatan, dan bagi anak-anaknya ialah gudang-gudang alat kelengkapan.
16 Bagi Supim dan Hosa ialah pintu barat serta Pintu Gerbang Syalekhet di jalan raya yang menanjak. Penjaga yang satu ditempatkan berdampingan dengan penjaga yang lain.
17 Setiap hari di sebelah timur ada enam bani Lewi, di sebelah utara ada empat orang, dan di sebelah selatan ada empat orang; sementara di setiap gudang kelengkapan ada dua orang.
18 Di astaka sebelah barat, ada empat orang di jalan raya dan dua orang di astaka.
19 Itulah rombongan penjaga pintu gerbang daripada bani Korah dan bani Merari.
20 Daripada kalangan bani Lewi: Ahia bertanggungjawab atas perbendaharaan Rumah Allah dan perbendaharaan barang-barang yang ditakdiskan.
21 Bani Ladan ialah keturunan orang Gerson melalui Ladan, dan ketua kaum keluarga Ladan, orang Gerson itu, ialah Yehiel.
22 Anak-anak Yehiel ialah Zetam dan Yo'el, adiknya. Mereka bertanggungjawab atas perbendaharaan Bait TUHAN.
23 Daripada orang Amram, orang Yizhar, orang Hebron, dan orang Uziel:
24 Sebuel anak Gersom anak Musa menjadi ketua perbendaharaan.
25 Para saudaranya melalui turun-temurun Eliezer ialah Rehabya, Yesaya, Yoram, Zikhri, Selomit.
26 Selomit ini bersama-sama para saudaranya bertanggungjawab atas segala perbendaharaan persembahan suci yang ditakdiskan oleh Raja Daud, oleh para ketua kaum keluarga, oleh para pemimpin pasukan seribu dan pasukan seratus, serta oleh para panglima tentera.
27 Mereka mentakdiskan sebahagian daripada hasil jarahan perang untuk memperbaik Bait TUHAN.
28 Juga semua yang ditakdiskan oleh Samuel, pelihat itu, oleh Saul anak Kish, oleh Abner anak Ner, dan oleh Yoab anak Zeruya – semua barang yang ditakdiskan – berada di bawah pengawasan Selomit serta para saudaranya.
29 Daripada orang Yizhar, Kenanya dan anak-anaknya diberikan tugas luar di Israel, iaitu menjadi pengatur dan hakim.
30 Daripada orang Hebron, Hasabya dan saudaranya, seramai seribu tujuh ratus orang yang gagah perkasa, menjadi pengawas atas orang Israel di sebelah barat Sungai Yordan untuk segala pekerjaan TUHAN serta pelayanan bagi raja.
31 Yeria ialah ketua orang Hebron menurut keturunan kaum keluarganya. Pada tahun keempat puluh zaman pemerintahan Daud, diadakan pemeriksaan tentang mereka dan didapati antara mereka ada para kesateria yang gagah perkasa di Yaezer-Gilead.
32 Para saudara Yeria, sejumlah dua ribu tujuh ratus orang ketua kaum keluarga yang gagah perkasa, diangkat oleh Raja Daud untuk mengawasi orang Ruben, orang Gad, dan separa suku Manasye perihal segala urusan Allah serta urusan raja.