1 Adam, Set, Enos,
2 Kenan, Mahalaleel, Yared,
3 Henokh, Metusalah, Lamekh,
4 Nuh, dan seterusnya anak-anaknya, iaitu Sem, Ham, dan Yafet.
5 Anak-anak Yafet: Gomer, Majuj, Madai, Yawan, Tubal, Mesekh, dan Tiras.
6 Anak-anak Gomer: Askenas, Rifat, dan Togarma.
7 Keturunan Yawan: Elisa, Tarsis, Kitim, dan Rodanim.
8 Keturunan Ham: Kush, Misraim, Put, dan Kanaan.
9 Keturunan Kush: Seba, Hawila, Sabta, Raema, dan Sabtekha. Anak-anak Raema: Syeba dan Dedan.
10 Kush beranakkan seorang anak lelaki bernama Nimrod; dia menjadi orang perkasa pertama di bumi.
11 Misraim beranakkan Ludim, Anamim, Lehabim, Naftuhim,
12 Patrusim, Kasluhim (yang merupakan susur galur orang Filistin), dan Kaftorim.
13 Kanaan beranakkan Sidon, anak sulungnya, dan Het,
14 juga orang Yebusi, orang Amori, orang Girgasi,
15 orang Hewi, orang Arki, orang Sini,
16 orang Arwadi, orang Semari, dan orang Hamati.
17 Keturunan Sem: Elam, Asyur, Arpakhsad, Lud, Aram, Us, Hul, Geter, dan Mesekh.
18 Arpakhsad beranakkan Selah, dan Selah beranakkan Eber.
19 Eber dikurniai dua orang anak lelaki. Nama yang seorang ialah Peleg, kerana pada zamannya bumi terbagi, dan nama adiknya ialah Yoktan.
20 Yoktan beranakkan Almodad, Selef, Hazar-Mawet, Yerah,
21 Hadoram, Uzal, Dikla,
22 Ebal, Abimael, Syeba,
23 Ofir, Hawila, dan Yobab. Semua ini keturunan Yoktan.
24 Sem, Arpakhsad, Selah,
25 Eber, Peleg, Rehu,
26 Serug, Nahor, Terah,
27 dan Abram, iaitu Abraham.
28 Anak-anak Abraham ialah Ishak dan Ismael.
29 Inilah salasilah mereka: Anak sulung Ismael ialah Nebayot, diikuti Kedar, Adbeel, Mibsam,
30 Misma, Duma, Masa, Hadad, Tema,
31 Yetur, Nafis, dan Kedma. Inilah anak-anak lelaki Ismael.
32 Anak-anak Ketura, gundik Abraham: Zimran, Yoksan, Medan, Midian, Isbak, dan Suah. Anak-anak Yoksan: Syeba dan Dedan.
33 Anak-anak Midian: Efa, Efer, Hanokh, Abida, dan Eldaa. Semuanya ini keturunan Ketura.
34 Abraham beranakkan Ishak. Anak-anak Ishak ialah Esau dan Israel.
35 Anak-anak Esau: Elifas, Rehuel, Yeus, Yaelam, dan Korah.
36 Anak-anak Elifas: Teman, Omar, Zefi, Gaetam, Kenas, Timna, dan Amalek.
37 Anak-anak Rehuel: Nahat, Zerah, Syama, dan Miza.
38 Anak-anak Seir: Lotan, Syobal, Zibeon, Ana, Disyon, Ezer, dan Disyan.
39 Anak Lotan ialah Hori dan Homam; dan Timna ialah saudara perempuan Lotan.
40 Anak-anak Syobal: Alyan, Manahat, Ebal, Syefo, dan Onam. Anak Zibeon ialah Aya dan Ana.
41 Anak Ana ialah Disyon. Anak-anak Disyon: Hamran, Esyban, Yitran, dan Keran.
42 Anak Ezer ialah Bilhan, Zaawan, dan Akan. Anak Disyan ialah Us dan Aran.
43 Inilah barisan raja yang bertakhta di Tanah Edom sebelum ada seorang raja yang bertakhta atas orang Israel: Bela anak Beor. Nama kotanya ialah Dinhaba.
44 Setelah Bela mati, Yobab anak Zerah dari Bozra menaiki takhta menggantikannya.
45 Setelah Yobab mati, Husyam dari negeri orang Teman menaiki takhta menggantikannya.
46 Setelah Husyam mati, Hadad anak Bedad, yang mengalahkan orang Midian di daerah Moab, menaiki takhta menggantikannya. Nama kotanya ialah Awit.
47 Setelah Hadad mati, Samla dari Masreka menaiki takhta menggantikannya.
48 Setelah Samla mati, Saul dari Rehobot yang terletak di tepi sungai, menaiki takhta menggantikannya.
49 Setelah Saul mati, Baal-Hanan anak Akhbor menaiki takhta menggantikannya.
50 Setelah Baal-Hanan mati, Hadad menaiki takhta menggantikannya. Nama kotanya ialah Pahi. Nama isterinya ialah Mehetabeel anak Matred anak Mezahab.
51 Setelah itu, Hadad pun mati. Para ketua kaum di Edom termasuk: Ketua kaum Timna, ketua kaum Alya, ketua kaum Yetet,
52 ketua kaum Oholibama, ketua kaum Ela, ketua kaum Pinon,
53 ketua kaum Kenas, ketua kaum Teman, ketua kaum Mibzar,
54 ketua kaum Magdiel, dan ketua kaum Iram. Itulah para ketua kaum di Edom.