1 Anak-anak Lewi: Gerson, Kehat, dan Merari.
2 Anak-anak Kehat: Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel.
3 Anak-anak Amram: Harun, Musa, dan Miryam. Anak-anak Harun: Nadab, Abihu, Eleazar, dan Itamar.
4 Kemudian daripada Eleazar turun-temurun: Pinehas, Abisua,
5 Buki, Uzi,
6 Zerahya, Merayot,
7 Amarya, Ahitub,
8 Zadok, Ahimaas,
9 Azarya, Yohanan,
10 Azarya (dialah yang menunaikan tugas sebagai imam di Bait Suci yang dibina oleh Salomo di Yerusalem),
11 Amarya, Ahitub,
12 Zadok, Salum,
13 Hilkia, Azarya,
14 Seraya, Yozadak.
15 Yozadak turut dibuang ketika TUHAN membiarkan orang Yehuda dan orang Yerusalem dibuang oleh Nebukadnezar.
16 Anak-anak Lewi: Gerson, Kehat, dan Merari.
17 Inilah nama anak-anak Gerson: Libni dan Simei.
18 Anak-anak Kehat: Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel.
19 Anak-anak Merari: Mahli dan Musi. Inilah kaum orang Lewi menurut kaum keluarga mereka:
20 Daripada Gerson turun-temurun: Libni, Yahat, Zima,
21 Yoah, Ido, Zerah, Yeatrai.
22 Keturunan Kehat turun-temurun: Aminadab, Korah, Asir,
23 Elkana, Ebyasaf, Asir,
24 Tahat, Uriel, Uzia, Saul.
25 Anak-anak Elkana: Amasai dan Ahimot;
26 daripada Ahimot turun-temurun ialah Elkana, Zofai, Nahat,
27 Eliab, Yeroham, Elkana.
28 Anak-anak Samuel: Yo'el, anak sulungnya, dan Abia, anak kedua.
29 Keturunan Merari turun-temurun: Mahli, Libni, Simei, Uza,
30 Simea, Hagia, Asaya.
31 Inilah orang yang ditugaskan Daud untuk memimpin nyanyian di Bait TUHAN setelah tabut itu tersimpan di sana.
32 Mereka berbakti dengan nyanyian di depan Khemah Suci, iaitu Khemah Pertemuan, sampai Salomo membina Bait TUHAN di Yerusalem. Mereka melaksanakan tugas masing-masing selaras dengan peraturannya.
33 Inilah orang yang berbuat bakti, berserta anak-anak mereka. Daripada bani Kehat: penyanyi Heman anak Yo'el anak Samuel
34 anak Elkana anak Yeroham anak Eliel anak Toah
35 anak Zuf anak Elkana anak Mahat anak Amasai
36 anak Elkana anak Yo'el anak Azaria anak Zefanya
37 anak Tahat anak Asir anak Ebyasaf anak Korah
38 anak Yizhar anak Kehat anak Lewi anak Israel.
39 Di sebelah kanannya berdiri Asaf, saudaranya; dialah Asaf anak Berekhya anak Simea
40 anak Mikhail anak Baaseya anak Malkia
41 anak Etai anak Zerah anak Adaya
42 anak Etan anak Zima anak Simei
43 anak Yahat anak Gerson anak Lewi.
44 Di sebelah kiri berdiri seorang daripada bani Merari, saudara-saudara mereka: Etan anak Kisi anak Abdi anak Malukh
45 anak Hasabya anak Amazia anak Hilkia
46 anak Amzi anak Bani anak Semer
47 anak Mahli anak Musi anak Merari anak Lewi.
48 Para saudara mereka iaitu orang Lewi lainnya, ditugaskan dengan segala pekerjaan Khemah Suci, iaitu Rumah Allah.
49 Tetapi Harun dan keturunannya bertugas membakar korban di atas mazbah korban bakaran dan di atas mazbah pembakaran dupa bagi segala pekerjaan Tempat Yang Maha Suci. Mereka juga bertugas mengadakan pendamaian bagi orang Israel selaras dengan semua yang diperintahkan oleh Musa, hamba Allah itu.
50 Inilah keturunan Harun turun-temurun: Eleazar, Pinehas, Abisua,
51 Buki, Uzi, Zerahya,
52 Merayot, Amarya, Ahitub,
53 Zadok, Ahimaas.
54 Inilah tempat kediaman mereka, iaitu segala perkhemahan mereka di daerah mereka: Kepada keturunan Harun daripada kaum orang Kehat (merekalah yang mendapat undian pertama)
55 diberikan Hebron di Tanah Yehuda berserta padang-padang ragut di sekelilingnya.
56 Akan tetapi, ladang-ladang kota itu berserta desa-desanya telah diberikan kepada Kaleb anak Yefune.
57 Maka kepada keturunan Harun diberikan kota-kota perlindungan, iaitu Hebron, Libna, Yatir, Estemoa,
58 Hilen, Debir,
59 Asan, dan Bet-Semes, semuanya berserta padang ragut mereka.
60 Daripada suku Benyamin mereka mendapat Geba, Alemet, dan Anatot, semuanya berserta padang ragut mereka. Jadi, jumlah seluruh kota yang dibahagikan antara kaum-kaum mereka ialah tiga belas buah kota.
61 Keturunan Kehat yang selebihnya daripada kaum suku itu diberikan sepuluh buah kota yakni daripada separa suku Manasye, melalui undian.
62 Kepada keturunan Gerson menurut kaum-kaumnya diberikan tiga belas buah kota daripada suku Isakhar, suku Asyer, suku Naftali, dan suku Manasye yang ada di Basan.
63 Kepada keturunan Merari menurut kaum-kaumnya diberikan dua belas buah kota daripada suku Ruben, suku Gad, dan suku Zebulon, melalui undian.
64 Demikianlah orang Israel memberikan kepada orang Lewi kota-kota itu berserta padang ragut mereka.
65 Mereka juga memberikan kota-kota yang disebutkan namanya tadi daripada suku bani Yehuda, suku bani Simeon, dan suku bani Benyamin, dengan cara mencabut undi.
66 Beberapa kaum yang lain daripada keturunan Kehat mendapat kota-kota daripada suku Efraim sebagai daerah mereka.
67 Kepada mereka diberikan kota-kota perlindungan, iaitu Sikhem di pergunungan Efraim, Gezer,
68 Yokmeam, Bet-Horon,
69 Ayalon, dan Gat-Rimon, semuanya berserta padang ragut mereka.
70 Daripada separa suku Manasye, kaum bani Kehat yang selebihnya itu pun mendapat Aner dan Bileam, semuanya berserta padang-padang ragut.
71 Keturunan Gerson mendapat kota-kota yang berikut: Golan yang di Basan, dan Astarot, daripada kaum suku Manasye yang separa itu, semuanya berserta padang-padang ragut;
72 Kedesh, Daberat,
73 Ramot, dan Anem, daripada suku Isakhar, semuanya berserta padang-padang ragut;
74 Masal, Abdon,
75 Hukok, dan Rehob, daripada suku Asyer, semuanya berserta padang-padang ragut;
76 Kedesh yang di Galilea, Hamon, dan Kiryataim, daripada suku Naftali, semuanya berserta padang-padang ragut.
77 Keturunan Merari yang selebihnya mendapat kota-kota yang berikut: Rimono dan Tabor daripada suku Zebulon, semuanya berserta padang-padang ragut;
78 kota-kota di seberang Sungai Yordan dekat Yerikho, sebelah timur Sungai Yordan, daripada suku Ruben, iaitu Bezer yang di gurun, Yahas,
79 Kedemot, dan Mefaat, semuanya berserta padang-padang ragut;
80 Ramot yang di Gilead, Mahanaim,
81 Hesbon, dan Yaezer, daripada suku Gad, semuanya berserta padang-padang ragut.