1 Inilah perincian rombongan bani Harun. Anak-anak Harun ialah Nadab, Abihu, Eleazar, dan Itamar.
2 Namun begitu, Nadab dan Abihu meninggal lebih dahulu daripada ayah mereka dengan tidak meninggalkan anak maka Eleazar dan Itamar menunaikan tugas sebagai imam.
3 Daud, bersama Zadok daripada bani Eleazar dan Ahimelekh daripada bani Itamar, membahagi-bahagikan mereka menurut jawatan mereka dalam pelaksanaan ibadat.
4 Bani Eleazar memiliki lebih ramai ketua kaum berbanding bani Itamar, sebab itu mereka dibahagi-bahagikan secara demikian: enam belas orang ketua kaum keluarga daripada bani Eleazar, dan lapan orang ketua kaum keluarga daripada bani Itamar.
5 Mereka dibahagi-bahagikan dengan mencabut undi tanpa ada perbezaan, kerana ada para pegawai tempat suci dan ada para pegawai Allah baik dalam kalangan bani Eleazar mahupun dalam kalangan bani Itamar.
6 Jurutulis Semaya anak Netaneel, seorang Lewi, mencatat nama mereka di depan raja, para pembesar, Imam Zadok, Ahimelekh anak Abyatar, dan di depan para ketua kaum keluarga para imam dan bani Lewi. Satu kaum keluarga diambil daripada Eleazar dan satu diambil daripada Itamar.
7 Undian yang pertama jatuh kepada Yoyarib, yang kedua kepada Yedaya,
8 yang ketiga kepada Harim, yang keempat kepada Seorim,
9 yang kelima kepada Malkia, yang keenam kepada Miyamin,
10 yang ketujuh kepada Hakos, yang kelapan kepada Abia,
11 yang kesembilan kepada Yesua, yang kesepuluh kepada Sekhanya,
12 yang kesebelas kepada Elyasib, yang kedua belas kepada Yakim,
13 yang ketiga belas kepada Hupa, yang keempat belas kepada Yesebeab,
14 yang kelima belas kepada Bilga, yang keenam belas kepada Imer,
15 yang ketujuh belas kepada Hezir, yang kelapan belas kepada Hapizes,
16 yang kesembilan belas kepada Petahya, yang kedua puluh kepada Yehezkel,
17 yang kedua puluh satu kepada Yakhin, yang kedua puluh dua kepada Gamul,
18 yang kedua puluh tiga kepada Delaya, dan yang kedua puluh empat kepada Maazya.
19 Itulah jawatan mereka dalam pelaksanaan ibadat ketika mereka masuk ke dalam Bait TUHAN, selaras dengan peraturan yang diberikan kepada mereka dengan perantaraan Harun, leluhur mereka, seperti yang diperintahkan kepadanya oleh TUHAN, Allah Israel.
20 Inilah keturunan Lewi yang selebihnya. Daripada anak-anak Amram: Subael; daripada anak-anak Subael: Yehdeya.
21 Mengenai Rehabya, daripada anak-anak Rehabya: Yisia, seorang ketua.
22 Daripada bani Yizhar: Selomot; daripada anak-anak Selomot ialah Yahat.
23 Daripada anak-anak Hebron: Yeria, seorang ketua; Amarya, anak kedua; Yahaziel, anak ketiga; Yekameam, anak keempat.
24 Daripada anak-anak Uziel: Mikha; daripada anak-anak Mikha: Samir.
25 Saudara Mikha: Yisia; daripada anak-anak Yisia: Zakharia.
26 Daripada anak-anak Merari: Mahli dan Musi. Daripada anak-anak Yaazia ialah Beno.
27 Daripada keturunan Merari melalui Yaazia: Beno, Syoham, Zakur, dan Hibri.
28 Daripada Mahli ialah Eleazar, yang tidak mempunyai anak lelaki.
29 Mengenai Kish, daripada anak-anak Kish: Yerahmeel.
30 Daripada anak-anak Musi: Mahli, Eder, dan Yerimot. Itulah keturunan bani Lewi menurut kaum keluarga mereka.
31 Mereka pun mencabut undi sama seperti saudara-saudara mereka, bani Harun, di depan Raja Daud, Zadok, Ahimelekh, dan ketua kaum keluarga para imam serta bani Lewi. Dalam hal ini seorang ketua kaum keluarga diperlakukan sama dengan saudaranya yang terkecil.

Studi Alkitab lengkap, silahkan lihat Alkitab SABDA :: 1 Tawarikh 24
Studi Alkitab mobile, silahkan lihat Alkitab Mobi :: 1 Tawarikh 24

Download Aplikasi Alkitab Karaoke (BETA) Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.sabda.alkitabkaraoke
Kunjungi Alkitab Audio Diglot:
AYT - KJV